19 Ogos 2011

Hilangnya jati diri seorang muslim



Bismillah..
Assalamualaikum wbt.

Aku terpanggil mencoret sebuah catatan di blog gurindam ini.
Betapa aku melihat keadaan sekeliling begitu mencengkam
menghilangkan, menjauhkan, menghindarkan, menyekatkan.
ya begitu mencengkam..
dimanakah jati diri seorang muslim itu?
tulisan jawi.
pernahkah anda dengar apa itu tulisan jawi?
pernahkah anda kenal apa itu tulisan jawi?
pernahkah anda pelajarinya?
TULISAN JAWI...
ada apa dengan tulisan ini?
kenapa tulisan ini pada zaman nenek moyang kita dulu begitu ditekankan
kenapa sekarang sudah longgar penggunaannya

Tulisan jawi ini berasal dari bahasa arab. huruf arab.
Dimana bahasa arab adalah bahasa al-Quran.
Kenapa Allah memilih bahasa Arab tidak pada bahasa lain??
Bahasa Arab sudah tentu mempunyai keistimewaan tersendiri.
Bahasa yang mudah dipelajari dan digunakan sepanjang zaman.

Dengan kelonggaran, kelompangan, dan ketidak tegasan terhadap pelajaran bahasa jawi
menyebabkan tulisan jawi dimansuhkan pelajarannya di sekolah
Ummah zaman sekarang kebanyakkan buta jawi..
bila buta tulisan jawi, sukar membaca al-Quran
yang paling membimbangkan, buta identiti Islam.
kerana dengan tulisan jawi ini dapat
memupuk semangat cintakan bahasa arab,
cintakan bahasa al-Quran
cintakan jati diri seorang muslim
tidak akan mudah terikut dengan gaya hidup yang tidak berlandaskan Islam.

Nah, apa sudah jadi dengan ummat sekarang?
Dengan lambakan hiburan dan fesyen yang tidak berlandaskan Islam
Ummah mudah terpengaruh..
Pakaian tidak menutup aurat sepenuhnya..
Hati di isi dengan hiburan yang melalaikan..
Fikiran dipengaruhi budaya bukan Islam
Buku-buku yang dibaca tidak membentuk jati diri muslim..
Menyebabkan hanyut dipengaruhi..
Gejala sosial semakin tinggi
Buang anak tidak terkira lagi
Fikiran yang dijajah itu lebih teruk dari negara yang dijajah.

"Tulisan jawi??"
"Sekarang tulisan rumi la.."
"bukan zaman dulu dah..nak jawi-jawi ni.."

Semakin anda pandang remeh
Semakin jauh identiti anda dengan Islam!

Pelajari dan selami huruf-huruf jawi
Anda mudah pelajari al-Quran
Dengan membaca al-Quran itu adalah penawar bagi hati!

Bagaimana hati boleh rosak bernanah?
Tidak tahu membaca al-Quran.
Anda jauh dengan al-Quran.

Sedarlah ummah!
Kita sedang dijajah pemikiran!
Rakyat palestin berjuang melawan penjajah negara, Yahudi Laknatullah.
Kita di Malaysia pula mengikut penjajah..
Melalui sistem pemerintahan demokrasi
Melalui sistem tulisan jawi yang dimansuhkan
Melalui penggunaan rasmi kalendar barat, bukan pada kalendar Islam
Melalui media massa yang selalu mensogokkan cara hidup bukan Islam
Yang kesemuanya jelas menggambarkan sekular
Pengamalan hukum Islam hanya separuh-separuh, bukan menyeluruh.
Semua ini yang dapat menjauhkan jati diri dengan Islam
Sedikit demi sedikit ummat Islam kehilangan jati diri muslim yang sebenarnya
Jati diri muslim yang asli, tiada pencampuran ideologi bukan Islam.
Jangan sampai berulang sejarah luka dimana lahirnya pemimpin seperti Mustafa Kamal Ataturk
Seorang muslim, tapi pengkhianat kepada Islam
Yang memansuhkan sistem khilafah iaitu
sistem pemerintahan Islam berdasarkan acuan nabi Muhammad SAW,
khalifah dihalau keluar,
memansuhkan tulisan jawi dan menukar kepada tulisan rasmi rumi,
menukar azan kepada bahasa turki, menghapuskan kuasa sultan,
melarang wanita memakai tudung dan macam-macam lagi.
Mana jati diri dia sebagai muslim..tiada..hanya mengagungkan sistem barat.

Bangkitlah duhai ummah!
Perkemaskan diri!
Agar tegar diuji!
Gagah pendirianmu dengan Islam!
Tidak layu walau dihidangkan pelbagai pengaruh bukan Islam!

Kembalikan kegemilangan tulisan jawi!
Pelajarinya!
Warisikannya kepada anak-anakmu!
Moga dengannya dapat menjadi pembenteng dirimu dan generasi akan datang!

Takbir 3x!!!

Dicatat pada;
19 Ramadhan 1432 Hijrah.
P/S-Anda digalakkan sebarkan artikel ini, jangan lupa link kan/kredit kepada blog ini.

14 Mei 2011

ada banyak kisah

salam,
............
kisah chatbox-
chatbox tu ada hackers.. maybe menggunakan link shoutmix.com tuk cari link chatbox blogger2.
apakata dihilangkan chatbox tu buat sementara. hehe

kisah kehidupanku-
banyak nak cerita tapi napa malas nak tulis???
minat menulis datang dan pergi je.. huhu..

blog ni dah sunyi, betul-betul sunyi..
tuan dia pun mode silent je...
maaf pada sesiapa yang datang setiap bulan nak baca update post dari saya.
mode sedih dan risau sekarang,
doakan moga saya baik2 je, dan dipermudahkan urusan.
semoga anda pun begitu juga.
terima kasih.


18 April 2011

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrohim. setelah lama saya tidak membuka blog ini tidak disangka kenapa begitu ramai pengunjung meninggalkan mesej di chatbox secara tiba-tiba? chatbox tu rosak ke? ada penggodam ke? macam-macam soalan seumpamanya bermain di fikiran, bukan apa, blog ni dah lama sunyi, last massage in the chatbox was from adi widget, pastu tiada siapa yang meninggalkan jejak sekian lama. cuma saya terkilan, ada link yang tak sepatutnya dikongsikan. saya tidak teragak-agak untuk memadamkan chatbox itu kerana kehadirannya tidak memberikan manfaat. saya tidak mahu chatbox itu dicemari link yang tidak berfaedah, this is the last and i dont want to see it again after this. if so, then i will delete my chatbox. jadi link dah ada itu, harap boleh dinilai dengan baik, jika tidak elok, tidak perlu klik linknya. saya tidak berniat nak memberikan sebarang post atau perkongsian, hanya datang menjenguk seketika, post ni pun sebab terkejut. anda baca blog saya? respon to me by say salam to me at the comment space.. nak tengok betul ke blog ni ada ramai pengunjung atau chatbox tu yang rosak.. ????????????? :)

07 Januari 2011

kita sama

melihat sahabat yang sudah konvo
terdetik di hati
"kita sama rendah sama tinggi, insyaallah"
kita sama diterima masuk diploma
menandakan kita sama potensi
kini kau sudah mendapat diplomamu
kini kau sedang mengambil ijazahmu
masakan aku masih lagi mengambil diploma
keterlewatan aku menghabiskannya
sabarlah..kita sama!
moga tercapai hasrat mengenggam diplomaku.amin..

-cetusan motivasi diri-
bilik, 1.07pagi.
7/1/2011

31 Disember 2010

Selamat Menyambut Tahun 2011


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Azam dan konsep SMART

salam..
azam tahu baru
bukan sekadar nombor
hanya dicakap tapi tak bertindak
itulah ucapan yang saya dengar di radio ikim.fm dalam slot motivasi pagi jam 7.30pagi
suka dengar motivasi di ikim.fm, hampir setiap hari saya mendengarnya.

panduan formula mencapai matlamat>(klik sini)

dalam motivasi pagi radio ikim
pemberi motivasi ada mengatakan
rancang matlamat dengan konsep "SMART"
cuma di upgrade r- reinforce, bagitahu orang supaya dapat memaksa diri bertindak
dan juga setiap matlamat tidak diletakkan perkataan tapi dihujungnya kerana itu adalah alasan untuk tidak bertindak..contoh aku nak berjaya tapi..dot dot dot.. begitulah, boleh faham kan?

SMART
s- spesifik
m-measurable
a- achievable
r- realistic dan reinforce (war-warkan impian anda pada semua orang agar dapat memaksa diri bertindak)
t- time frame

boleh lihat penerangan lengkap di> (klik sini)


Azam diriku

mari bina azam baru,
azam baru saya
1) Solat di awal waktu
kenapa memilih azam itu?
tidak saya nafikan, saya bukanlah sempurna dari sifat cacat cela.
paling sikit pun mesti ada dalam 1 hari tak solat di awal waktu.
pada pandangan saya, solat yang sempurna itu dapat menjaga diri kita, jadi ini harapan saya untuk menjaga diri saya ke arah yang lebih baik,insyaallah. tambahan pula itu memang tuntutan.jadi berazam untuk laksanakan dan istiqamah.

2) Menyiapkan projek kajian saya
tarikh hantar: march 2011, pembentangan: april 2011
doakan saya.

3) Mempelajari 1 subjek yang akan saya ambil peperiksaan pada april 2011 nanti insyaallah.
Cuba beri yang terbaik. doakan.

itulah 3 matlamat yang utama yang saya sangat-sangat ingin mencapainya.

semestinya ada lagi, cukup saya bagitahu 3 yang terbesar ini dulu.


Doa kebergantungan pada yang Esa



doa senjata orang mukmin.
banyakkan berdoa
kerana
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Riwayat Tirmizi)

Yakin pada Allah bukan mengharap terkabul segala harapan...yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada ketentuanNya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ air mata yang menitis terasa buat menyiram api neraka...indahnya tarbiah Allah, tersirat rahmat & hikmah..diuji kita sebagai tanda sayangNya..bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya...begitulah rupanya berkasih dengan Allah... takkan dibiarkn terlena dalam kenikmatan yang melimpah tapi dilindungi dengan ujian dan cobaan yang tak berkesudahan...panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah kepada hambaNya...Allah maha tahu apa yang terbaik bagi hambaNya...

kata-kata di atas ni adalah perkongsian dari seorang sahabat.

sedikit penambahan dari saya,

setiap kali diuji, menjadikan diri lebih kuat, lebih maju ke hadapan, kerana ujian mendewasakan diri.

maka setiap kali diuji, bersyukur dan berfikir positif, kaji disebalik ujian apa hikmahnya, dan berdoa mohon ksabaran,kekuatan, dinampakkan hikmah dan jalan penyelesaian. ambil pelajaran dari ujian. sebab tu ada pepatah mengatakan pengajaran tidak harus dilupakan tetapi harus dikenang walau pahit untuk tidak melakukan kesilapan yang berulang kali.



Video Pembakar Semangat


saya kongsikan 1 video

moga memberi inspirasi buat saya dan anda


Selamat menggerakkan azam tahun baru 2011!!!


p/s: saya baru mendaftarkan diri di murabbi.net :)

30 Disember 2010

Me myself

salam..
bismillah..

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:

You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:

Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education

Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:

You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don't succeed. Don't give up when you haven't yet even started! Be courageous.

What are you most afraid of:

You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:

You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

pssst..jangan bergantung sangat pada jawapan, walaupun ada betulnya penerangannya(mungkin kebetulan je kot heee) sebab jawapan yang dipilih berdasarkan banyak faktor terutama logik akal.. apapun kuiz ni not bad.

I take the personality test at [click here to try it]

29 Disember 2010

aku dan kamu

aku tak mungkin mengenali dirimu
tak mungkin sepenuhnya mengenalimu
selagi tiada ikatan yang ikhlas

sejauh manakah kita boleh pergi?
berdoa dan bertawakal
aku dan kamu tentukan.. (berusaha ke arah itu)

________

*dia -merujuk kepada sesiapa.
*ikatan- merujuk kepada keluargaan/persaudaraan/persahabatan/pertunangan/perkahwinan

:)..


-3.12.2010-

27 Disember 2010

Rindu

Assalamualaikum..greeting to alls ('',)
Lama tak buka blog ni

rindu

anda rindu saya?

tiba-tiba sekelumit rindu menjadi seladang rindu
rindu nak baca tulisan-tulisan cerita saya dulu huhu
dulu dan sekarang mesti bezakan. thats why.. keterujaan berlaku di situ.
nak aktif balik kat blog ni.
hmm nampaknya blog ni masih ada follower baru walau lama menyepi
welcome new followers!

i have make layout changes.
something i have added
what it is?
hehe my guestbook!
feel free to use it
leh la nak tinggal jejak ke
nak beri pandangan ke
anything je tak kisah.
(sila tak kisah lau if i use broken english,
tak pandai pun, nak betulkan amat dialu-alukan,
practice makes perfect right?)
('',)

terimalah lagu kegemaran saya dulu
sehingga menyematkan video ni di sidebar blog ni
kini kumainkannya semula


will attach my tulisan bila-bila je from now on insyaallah.
till then, take care.
tata. ngantoknyee(-_-)
1.43am
27/12/2010

11 September 2010

kabar eidulfitri

-gambar yang diambil di internet-maaf & terima kasih siti harizan ambil tanpa izin:)

salam eidulfitri buat semua.

mohon maaf zahir dan batin

atas segala kesalahan dalam menulis pada Allah dan pembaca.

alhamdulillah, semoga amalan kita diterima pada ramadhan yang lalu.

lama tak tulis kat blog ni. tak tahu apa nak tulis hehe.

selamat menyambut kemenangan kembali kepada fitrah di bulan syawal ni.

hati-hati ketika memandu.

moga semua dalam rahmat Allah selalu.



ingatan tulus ikhlas,

fatimah az-zahrah.

cari

cari

Reminder for me and you

Reminder for me and you

ayuh para mujahid dan mujahidah!

ayuh para mujahid dan mujahidah!