11 Disember 2009

salam satu perkongsian

assalamualaikum,
seperti yang saya katakan semalam,
saya kongsikan dahulu dua persoalan bermain di fikiran.

1) apakah pandangan mewajibkan pelajar perempuan memakai tudung di institusi pengajian di Malaysia ini?

ada yang kata,
tidak bersetuju kerana Islam bukan agama memaksa. biarlah pemakaian tudung itu lahir dari hati pelajar. jangan memaksa orang, jika tidak, boleh menjauhkan lagi mereka dari Islam. gunakanlah pendekatan hati dari memaksa.

dan ada mengatakan Islam bukan agama memaksa,pada tanggapan orang ramai,ramai juga yang faham bagitu,tetapi sebenarnya ayat dalam al-Quran itu adalah memaksa orang kafir untuk masuk islam,jadi tiada paksaan dalam menganuti agama islam. jika dah islam wajiblah menuruti perintah Allah.dalam islam kanak-kanak bila sampai umur 7 tahun jika tak solat,rotan,adakah itu memaksa? mendidik sebenarnya untuk anak itu taat perintah Allah.jadi kita pun perlu mendidik pelajar.

juga mengatakan, dakwah itu bukan memaksa orang tapi mengajak orang. tidak sesuai mewajibkan. mereka sudah dewasa,bukan anak kecil.


2) bolehkah menyedarkan orang dengan menggunakan kata-kata kasar/kesat, kerana ada orang yang bila tak berkata kasar,mereka ini tak tersentak untuk sedar kesilapan diri.

jadi saya minta pandangan mereka yang arif, sila berikan pandangan anda di ruang komen.
saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

fatimah on~http://gurindamrasa.blogspot.com

10 ulasan:

asshafiee berkata...

Salam maaf saya terbaca permintaan awak di blog ust amin.

Masalah satu

tudung merupakan perkara wajub dan perlu dituruti, jelas di lihat haram itu jelas dan halal itu juga jelas. Dalam perkara ni, Islam mempunyai ketegasan kerana setiap umat Islam adalah wajib untuk melaksanakan syariat Islam. tidak ada konpromi dalam masalah ini.

Memang benar Islam bukan agama paksaan, ini ditujukan kepada bukan Islam untuk memilih diri mereka masuk Islam atau tidak kerana Islam tidak paksa, siapa yang duduk dibawah naungan Islam dia selamat.

Masalah kedua berkaitan dengan dakwah

Dalam dakwah Islam ada tiga uslub atau bahagian seperti :

1. berdakwah dengan hikmah iaitu berkata-kata hikmah untuk menarik minat orang terhadap Islam.

2.Mauizatul hasanah iaitu contoh2 yang baik yang perlu pendakwah itu tunjuk kepada bukan Islam untuk menarik minat kepada Islam.

3.Mujadalah iaitu dengan cara berdiskusi dan berbahas untuk mencari kebenaran dan menerangkan tentang kebenaran Islam.

Mengunakan bahasa kasar tidak perlulah kerana Nabi dahulu berdakwah kepada umatnya dengan kelembutan dan perbuatan yang baik dan tidak memarahi umatnya ketika beliau menjalankan usaha dakwah.

Itulah penerangan saya secara ringkas. Ini merupakan tanggungjawab bersama, untuk mengembalikan kegemilangan Islam

muhammad fakhruddin berkata...

Assalamualaikum ukhti,
keseluruhannya saya bersetuju dengan komen Ustaz Asshafiee itu.Cuma ingin menambah pandangan saya mengenai hal ini.

Persoalan 1-Saya suka melihat masalah ini menggunakan pendekatan inside out,iaitu pendidikan.

Kesedaran bertudung perlu bermula daripada rumah sendiri,bukan hanya sekadar kosmetik di sekolah dan IPT.Hal ini amat memerlukan kerjasama ibu bapa-guru sebagai contoh untuk anak-anak.

Persoalan 2-Memang wujud segelintir yang tak makan dengan kata-kata sopan,tetapi bukanlah lesen untuk berdakwah dengan mereka dengan kata-kata kesat/ kasar.

Mungkin,alternatifnya boleh menggunakan kata-kata berbentuk sindiran yang berpatutan(overdose pun bahaya juga).

Orang sebegini,kadang kala hanya mendengar cakap orang-orang tertentu.Carilah pihak ketiga ini untuk menasihati mereka.

Wallahua'lam.

aiman berkata...

Assalamualaikum =)
dari hadis Nabi s.a.w. yg rasanya biasa kita dengar, lebih kurang maksudnya:
"apabila kamu melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan (kuasa), jika tidak mampu maka dengan lidah, jika tidak mampu maka dengan hati. & ltulah selemah2 iman."
bagi orang yang tiada kuasa pada ketika ini, maka yg cara kedua & ketiga itulah yg jatuh kepada kita. maka kalau bagi pihak yg ada kuasa (pemerintah kerajaan, pengetua, ayah/suami, pentadbir/pembuat dasar universiti etc.), mereka ada kuasa (kan?).laksanakanlah arahan dari Nabi itu; 'mengubah dengan kuasa'.
bab 'tak boleh memaksa muslimin ikut syariat' yg sering menjadi hujah rapuh pihak tertentu. jadi tak bolehlah penguasa menyerbu pusat pelacuran, tangkap basah, cegah penjualan arak etc.? "biarlah pemakaian tudung (gantikan dengan: berhenti minum arak, berhenti pembunuhan bersiri, berhenti berzina) itu lahir dari hati pelajar (ganti dengan:orang Islam). jangan memaksa orang, jika tidak, boleh menjauhkan lagi mereka dari Islam. gunakanlah pendekatan hati dari memaksa."
kenapa double standart di sini? sebab keseriusan dosa itu berbeza? atau sebab longgar keyakinan kepada kegeniusan Allah? yang ada kuasa, buatlah kerja dengan kuasa; sebagaimana yg Allah & Nabi ajar. yang tak ada kuasa, maka gunalah cara lain yang Allah & Nabi ajar. Allahua'lam..=)

aiman berkata...

nak tambah sikit lagi.yg sy tulis itu sekadar menambah apa yg dah disebut oleh saudara-saudara sy kat atas ni. bukan membantah. sy amat bersetuju dgn pandangan itu. sekali lagi, pendapat sy itu sekadar menambah. no offence!=)
assalamualaikum. salam sejahtera kepada saudaraku semua

Fatimah Az-Zahrah berkata...

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.
saya mengucapkan terima kasih banyak kerana sudi berkongsi ilmu di sini.
semoga ustaz dan kalian diberkati Allah s.w.t. moga dapat kita manfaatkan bersama insyaAllah. samapai-sampaikan lah kebenaran dan kebaikkan,sesungguhnya Allah menyuruh kita menyampaikan. kita sampaikan bukan untuk merubahkan sesuatu tetapi amanah menyampaikan, Allah jualah yang berhak megubah dan memberi hidayah. wallahua'lam. moga istiqamah dalam menyampaikan.

Tanpa Nama berkata...

auwww macam perli kah apa kenyataan nomor dua tersebut?kihkihkih setiap orang ada formula tersendiri dlm mengajak kebaikan dan merawat kemungkaran.kena hormatilah dan telitikan kebenarannya saja bukan sibuk nak jadi hakim nak kaji silap-silap orang.baik sangka banyak-banyak.hehe

sekian pendapat miskin dari saya sihamba pacal hina dina.

wohh

Fatimah Az-Zahrah berkata...

harap ummi bersangka baik, bukan perli tapi saya tidak tahu lalu ingin mencari kepastian melalui bertanya. kaitannya berdakwah tidak boleh dipisahkan dengan berhikmah(secara kasih sayang/baik/kreatif/bijak).
jika dipisahkan,maka pincanglah dakwah itu. ini yang saya dapat dari menonton rancangan tanyalah ustaz,ringkasan nota ada di sini

http://www.ustazamin.com/2009/12/bicara-ilmu-10-tanyalah-ustaz-pasangan.html

insyaAllah saya ingin berkongsi pengajian dakwah tidak boleh dipisahkan dengan berhikmah itu di sini dalam waktu yang sesuai.

Tanpa Nama berkata...

fatimah.
saya sedang ajar diri bersangka baik dengan semua orang.saya guna dua formula simple.kemarahan dan kasih sayang.marah atau dalam erti kata lainya provoke atau saiko pada meraka yg perasan hebat.berhikmah pada mereka pendosa Tuhan.sebab itu entry saya bercuaca secara dua hala.kejap emosi.kejap tenang.kejap emosi.kejap tenang.

melalui penelitian rawak saya, berapa peratus keberjayaan KESAN SAMPAI KE ULU hati pendakwah-pendakwah zaman skrg?ramuannya asyik sama dan implikasinya juga masih sama dan sasarannya juga sentiasa sama.dan atas sebab ini saya ambil langkah berani utk mencari inisiatif MENYENTUH HATI manusia melalui dua konsep ini tadi.

takperlu hurai panjang lebar.saya tahu ramai yg sentap bila baca blog saya.kenapa?sebab terkena.tersinggung.tersentuh hati.maka saya berani menobatkan saya cemerlang memanipulasikan formula saya utk buat orang BUKAK MATA HATI.

inilah yang perlu dipertaruhkan oleh mereka yg mengaku pejuang.sentuh hati manusia.bukan sentuh akal semata.

errr harap faham.ya saya memang sedang tunjuk hebat.kihkih.

terima kasih.
perkongsian saja.hehe.

Fatimah Az-Zahrah berkata...

saya nampak kaedah bijak awak menggunakan semua elemen dalam menarik perhatian.

saya rasa ramai yang faham kaedah awak bijak.pendekatan yang bijak.

tapi satu je,bahasa awak perlu diperbaiki.

memang niat awak baik, tetapi dengan bahasa yang begitu tidak sesuai,matlamat tak menghalalkan cara.dalam sedar atau tidak awak telah mendidik orang untuk mudah mengeluarkan perkataan kesat seperti bodoh,babi etc. dalam hati mereka,kerana selalu membaca blog awak. contoh bila ada yang tak kena,walaupun tak zahirkan(tak cakap kat mulut) tapi hatinya dah keluar perkataan bodoh babi,sial..walaupun dulu dia bukan begitu,tetapi hatinya sudah terkena virus kata kesat yang biasa dibacanya.
lagi satu,bagaimana dengan penerimaan orang,secara tak langsung orang itu rasa bengang,bagaimana kalau apa yang kita sampaikan itu tidak memberi kesan pada dirinya akibat dari ditutup(di hijab) rasa kebengangan dia? ini bila kita fikirkan kesan-kesan yang boleh berlaku bila guna bahasa kasar.
apapun terpulang,ini pandangan saya.

satu cadangan,bila guna bahasa tegas,eloklah ditutup dengan rumusan dengan perkataan baik dalam tiap-tiap post entry atau percakapan kita yang menggunakan kata ketegasan dan ditutup juga dengan penuh kasih sayang, secara psikologi nya orang yang membacanya kembali tenang dan boleh menerima apa yang kita cuba sampaikan.insyaAllah.

kita hanya menyampai,Allah jua punyai kuasa merubah.

hurul ummi berkata...

kihkihkih..yeahhhh.saya berjaya mempengaruhi minda awk supaya berfikir adil.kan bagus macam ini.berani tegur dan berani jalan keluar.see?saya dah boleh terima dengan senang hati.hihihi.saya terima segala cadangan bernas awak dan itulah yang saya buat.tengok diakhir entry terbaru saya, saya ada selitkan satu link penuh kasih sayang disitu untuk coolkan balik hati-hati sentap tadi.ada baca?

dan pasal babih bodoh sial tuh, sangat saya akui memang salah pon.saja nak api-apikan blog.nak tunjuk hebat dan otai.kihkih.takpa sedang dalam proses baikpulih.teruskan macam ini okeh.

terima kasih ;p
yang benar.
hurul sibijak pandai.

kahkahkah.
bye.

cari

cari

Reminder for me and you

Reminder for me and you

ayuh para mujahid dan mujahidah!

ayuh para mujahid dan mujahidah!