26 Februari 2010

26/2/2010 hari ini dalam sejarah Maulidur Rasul

salam..
nak kenal nabi Muhammad s.a.w?
bagaimana mencontohi baginda jika tak kenal baginda?
tak kenal maka tak cinta kan?
jangan bimbang, mari ke link ni (klik sini)

25 Februari 2010

"Aku tidak mampu nak berdakwah lagi, kerana aku bukannya orang baik pun."

Ramai yang berkata:

"Aku tidak mampu nak berdakwah lagi, kerana aku bukannya orang baik pun."

Sepatutnya anda perlu menyahut kata2 ini "أصلحْ نفسك وادعُ غيرك" (Perbaikilah diri kamu dan dakwahlah orang lain)...

Sila buktikan kepada saya bilakah tarikh & waktu anda akan menjadi baik?

Saya bimbang... belum pun sempat kita berada di tarikh yang dirancangkan, tiba2 rumah yang mempunyai dua tiang sudah menjadi milik kita.

p/s:ayat ni dari seorang sahabat saya.hantar melalui YM..mari kita renung-renungkan langkah tuju kita..

12 Februari 2010

tips berjaya dunia dan akhirat

salam pembaca blog fatimah sekelian..
sihat ke?
alhamdulillah saya sihat je.
saya telah menukar lay out blog ni..so macam mana? ok? saje nak bagi nampak personal sikit :)

ok terus kepada cerita saya kali ini ;


tips berjaya dunia dan akhirat

1) akidah yang sahih akan membawa kepada amal yang sahih. (Hadis riwayat muslim)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (ugama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
"

(surah ali-imran ayat 100-102.)

akidah yang jelas amat penting sekali kerana ianya asas dalam islam. perlu mendalami ilmu akidah, tak boleh main-main,silap sikit je perbuatan kita sama ada sengaja atau tak sengaja dalam menjaga akidah,maka murtad kita..cuba cari sendiri faktor-faktor pembatalan akidah supaya kita sentiasa berhati-hati mengenai penjagaan akidah diri kita. bila sedar diri kita dah murtad,cepat-cepat bertaubat dan mengucap kalimah syahadah semula. insyaallah bila akidah jelas maka terhasillah amal yang sahih,amal yang diterima disisi Allah. moga kita mati sebagai muslim amin..


2) kusyuk dalam solat.

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

(surah al-ankabut ayat 45)


jelas di sini solat yang sempurna dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar.

untuk mendapat solat yang sempurna saya kongsikan beberapa tips hasil dari pencarian sendiri,melalui ceramah dan dari perkongsian sahabat. boleh lihat pada entry lama saya (klik sini) dan saya ingin menambah lagi,setelah saya mendapat info baru.

sahabat saya telah membeli sebuah buku yang mengupas mengenai kusyuk dalam solat..banyak caranya tapi dia hanya memberi 1 tips je oleh kerana itu adalah tazkirah pendek.

selain kita
perbetulkan bacaan, fahami dan menjiwai makna bacaan, solat di awal waktu, ada lagi 1 perkongsian menarik dari sahabat saya iaitu bersedia untuk solat.

kita bukan sahaja solat di awal waktu, malah sebelum waktu solat masuk kita dah "get ready". ini menggambarkan bukan solat yang tunggu kita, tapi kita yang tunggu solat. barulah betul bukan?

di sini menunjukkan kesediaan kita untuk solat.
lagi 10 minit nak masuk waktu, kita pergi bersiap-siap, bersuci dan berwudhuk untuk solat.
dah siap tunggu atas sejadah. saya pernah mambaca (hadis atau kata-kata saya tak pasti sebab dah lupa) di mana malaikat mendoakan kesejahteraan orang yang membuat beberapa perkara..antaranya menunggu solat dan berlama-lama atas sejadah selepas solat (zikir,mengaji dan sebagainya).

dengan perkongsian 1 tips dari sahabat saya ni, memberikan makna yang besar pada diri.
setelah bermuhasabah, betapa cuainya diri ini. moga Allah mengampuni diri ini.

mungkin ada banyak lagi tips kejayaan dunia dan akhirat.
pembaca di alu-alukan untuk berkongsi sama di ruang komen.
apapun, dua tips yang saya kongsikan ini adalah tips yang paling besar.
marilah kita berusaha bersama!

cari

cari

Reminder for me and you

Reminder for me and you

ayuh para mujahid dan mujahidah!

ayuh para mujahid dan mujahidah!