Bismillah... Mulai hari ini, janganlah katakan : "Wahai Allah, Masalahku Sangat Besar" Tapi katakanlah, "Wahai Masalah, Allah itu Maha Besar"... (Jangan besarkan masalah-masalah kita, tapi besarkan Allah, maka masalah kita akan mengecil). Adl Dalhak ra berkata: " Barangsiapa tidak diuji antara tiap- tiap 40 hari dengan suatu bala, kedukakaan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi ALLAH." YA MUQIIT, YA JALIIL, ampuni dosa2 kami dan kuatkan peribadi kami setelah DIKAU menguji hati2 kami
29 April 2010
26 Februari 2010
26/2/2010 hari ini dalam sejarah Maulidur Rasul
nak kenal nabi Muhammad s.a.w?
bagaimana mencontohi baginda jika tak kenal baginda?
tak kenal maka tak cinta kan?
jangan bimbang, mari ke link ni (klik sini)
25 Februari 2010
"Aku tidak mampu nak berdakwah lagi, kerana aku bukannya orang baik pun."
"Aku tidak mampu nak berdakwah lagi, kerana aku bukannya orang baik pun."
Sepatutnya anda perlu menyahut kata2 ini "أصلحْ نفسك وادعُ غيرك" (Perbaikilah diri kamu dan dakwahlah orang lain)...
Sila buktikan kepada saya bilakah tarikh & waktu anda akan menjadi baik?
Saya bimbang... belum pun sempat kita berada di tarikh yang dirancangkan, tiba2 rumah yang mempunyai dua tiang sudah menjadi milik kita.
p/s:ayat ni dari seorang sahabat saya.hantar melalui YM..mari kita renung-renungkan langkah tuju kita..
24 Januari 2010
sedikit ulasan-kepelbagaian agama dalam mencari kebenaran yang satu
saya telah memberi ulasan di entry saudara hami yang bertajuk kita dan al-Quran.
ok mari kita go through dulu entry tu, klik sini.
anda boleh baca ulasan saya di ulasan entry tu atau boleh je baca di sini.
ulasan:
melalui pemerhatian..alhamdulillah rakyat malaysia cukup subur dalam mengaji al-Quran. kita masih melihat anak-anak kecil dihantar untuk mengaji al-Quran. tetapi ketahuilah 1 fakta, yang rakyat malaysia cukup kontang dalam mengkaji al-Quran.
kebiasaan mengaji dari anak kecil sampai peringkat tua,dah umur 55 tahun masih belajar mengaji lagi?..pemahaman al-Quran masih kurang atau tidak memahami isinya. pemahaman isi al-Quran ini tidak dititik beratkan sepertimana mengaji.
maka tidak hairanlah kita masih di takuk lama. sedangkan muallaf di luar negara tidak tahu mengaji,tetapi memahami (mengkaji) maka mereka hebat dari segi dakwah di sana,sehingga 20 ribu orang kafir memeluk islam setiap tahun di sana. tapi dakwah di malaysia? makin banyak murtad ada. kita jauh dengan al-QUran,kita jauh memahami dalam memahami al-Quran. sedangkan itulah buku manual panduan hidup kita. kita masih terlalu sikit ATAU ZERO berdakwah dengan non-muslim.. hanya bercakap tentang islam dengan sesama muslim je..
muhasabah bersama..
mengaji dan mengkaji seimbang.
kita pertingkatkan ilmu untuk berdakwah dengan non-muslim,kita perlu mengkaji agama mereka untuk mudah kita kaitkan kelemahan agama mereka dan kebenaran dan kehebatan Islam. tidak dapat tidak,kita pun perlu mengkaji perbezaan agama ini untuk kita merasakan sendiri keistimewaan islam. justeru,menidakkan Islam itu hanya agama warisan keturunan dan Islam hanya atas nama.tetapi membenarkan kita pilih Islam,bukan kerana agama warisan tetapi PILIHAN HATI kita. dan menjadikan kita hamba Allah yang sebenar-benarnya memahami tuntutan Islam.
..ayat di atas,ayat yang dicedok selepas mendengar ceramah "al-Quran dekat di hati,melahirkan generasi cemerlang dengan formula I.S.L.A.M."..harap maklum.
saya menyimpan niat untuk mengkaji agama2 yang ada di sekeliling kita.di sekolah tak di ajar ilmu pengkajian agama ni.maka kena belajar sendiri dan ibu bapa perlu mengajarkan pada anak-anak.
bagaimana dengan anda?
pengalaman saya berchatting dengan seorang christian,yang menyoal..kamu dah kaji ke Islam? kamu hanya warisi dari ibu bapa kamu. kamu dah kaji christian? mana satu yg benar dan apa hujah kamu?
maka bersediakah kita? jika iman tak kuat, ilmu agama kurang, mudah je cristian memesongkan akidah kita.sesetengah negara termasuk malaysia,kristian aktif menyebarkan dakyah mereka. maka meningkatnya kes murtad di malaysia.
okey itu je.
sorry hami,panjang2 macam entry dah.lau tulis entry macam ni di blog saya yang tak famous tu kurang la orang membacanya. jadi saya ambil kesempatan berkongsi di sini. hidup perlu pandai mengambil peluang. tak gitu? :)
oh ye, lupa bagi cara.
satu pendekatan yg boleh kita guna adalah dengan memberi buku-buku pendedahan Islam atau tafsir al-Quran kepada non-muslim.
yela nak terangkan kita pun tak pandai mana. dengan buku tu boleh la dia baca sendiri.
penyanyi terkenal cat stevens, skang dikenali yusuf islam, masuk islam setelah menerima hadiah buku "the amazing of Quran".
golongan saintis yang hebat dan anti-agama(aethes) banyak masuk Islam setelah mengkaji kebenaran dalam al-Quran..dan banyak lagi nama-nama muallaf yang terkemuka.
saya nak cerita lagi,mungkin next entry di blog saya insyaAllah. perlu pada perincian. so tak leh nak direct citer skang.
ok rumusan,dakwah non-muslim perlu ada pendekatan berhikmah. eratkan hubungan dahulu dengan mereka dan beri hadiah buku. semua ni perlu kepada ilmu. ilmu dan ilmu. mari sentiasa update diri.
ok itu je ulasan yang dapat kucoretkan. apakah pula ulasan anda, jika ada?
19 Januari 2010
Isu sendiri, kaitan dan penjelasan.

Thanks to mr. kamikaze that be the first person commented my last post, your blog is happening! Keep it up.
Thanks to ummi, menjawab pertayaan ummi..kenapa tanya kerja?, oh itu menjadi kebiasaan,dan dari situ boleh berkongsi pengalaman kerja. love to know new info dalam bidang pekerjaan. Dan termasuk juga latar belakang.
Pasal si dia.. sebenarnya dah selesai.. bukan dia yang bermasalah,tapi saya yang bermasalah. Dia dah pernah bagitahu cuma saya yang tak ingat (T_T) haha. Dan dia bukanlah orang yang suka cakap hal peribadi..jadi bila tanya kali kedua dia jadi agak moody la. Suatu masalah bila kita punyai ramai kenalan chatting phone..tak semua yang saya ingat dan dont take seriously. maka lepas ni kena take seriously about it. Itu pun kena buat ayat pujuk, “saya ramai kenalan jadi tak berapa ingat, insyaAllah,lepas ni saya tak lupa lagi,nak salin dalam kertas biar ingat”.
Mengimbau kembali saat perkenalan dengan dia, dia call dan saya jawab, “salah nombor ni..” selang beberapa hari atau minggu,saya pun dah tak ingat bila, saya mendapat mesej dari dia.
Dia- “Salam, hai boleh berkenalan?”
Saya- .. dalam fikiran,eh siapa pulak ni..jika dari chat phone mesti guna no celcom, tapi ni no maxis? Macam pernah lihat je no ni..hati berdebar2,eh ke aku dah ada peminat misteri setelah lama aku takde peminat.(haha tak boleh blah) ..kemudian aku fikir,hmm kadang2 orang guna banyak no. Not impossible from chatzone. Lantas, aku tanya dengan perasaan penuh cuak, “siapa ni?”.
Dia- “saya dolah” (bukan nama sebenar)
saya-dolah mana pulak ni..alahai peminat misteri ke ni..lalu aku pun menaip “dolah mana pulak ni?”
dia-“haritu saya ada tersilap call,boleh berkenalan?”
saya-patut macam pernah tengok je no ni. musykil.. “rasanya tak perlu kot berkenalan”.
Dia-“saya ikhlas nak berkawan,tak salahkan”
Saya-hai..peliknya orang ni.. “awak ni memang salah no,pastu berkenalan ke? Ntah sapa2 je,buatnya ada niat jahat ke”. (prejudis sungguh aku)
Dia-“awak ni tak baik berprasangka buruk pada orang seislam, saya ikhlas nak berkawan....ayat seterusnya saya tak ingat,tapi ayatnya berjaya mengusik hati aku.
Saya-“bukanlah macam tu,tapi saya ni perempuan kena la hati2, banyak kes jenayah melibatkan penipuan dalam fon ni.” (habis selama ni yang aku berchatting kat chatzone tu tak bahaya ke sampai bagi no fon kat public? huhu)
Dia-“saya tak ada niat jahat, saya ikhlas nak berkawan.”
Saya-hai..cair hati aku asik kata ikhlas dari tadi.. “boleh,asalkan awak baik,ikhlas,jujur”
Dia-“insyaAllah”
Saya-“tapi ada syarat, boleh mesej tapi tak boleh call, mesej tu dari kul 7 pagi hingga 10malam. Boleh ke?” napa tak boleh call? Sila buat request lau nak tahu,lau ada yang request nanti saya cerita next entry,insayaAllah. Iklan jap... ok sambung balik, saya -“tapi ada syarat, boleh mesej tapi tak boleh call, mesej tu dari kul 7 pagi hingga 10malam. Boleh ke?”
Dia-“ok. Tapi saya pun ada syarat, awak mesti ikhlas,jujur”
Saya-“insyaAllah”.
Maka bermulanya episod perkenalan kami.. ternyata dia seorang yang baik, menjaga batasan dalam berchatting.jika salah,dengan gentle nya dia menegur.
Ok cukup sampai situ, any comment do you have? :)
....baik, teruskan membaca sampai habis..
Saya buka cerita lain,
setelah lama membataskan diri dari berkenalan dengan bukan muhrim, akhirnya bila merasakan sudah tiba masanya untuk mencari jodoh..baca kaitan entry lalu di sini, tambahan pula mak risau,saya ni jenis tak berkawan dengan lelaki. Saat waktu saya bertolak pulang ke tempat pengajian tinggi suatu ketika dulu selepas bercuti semester, mak ada pesan, “kawan biasa-biasa je bukannya bercinta,kawan kenal-kenal hati budi, kawan dengan ramai orang, nanti esok pilihlah mana yang sesuai,pelajaran jangan lupa dah la”. “ Hmm tengokla”, jawab saya acuh tak acuh. Sejak dari mula menjejakkan kaki ke pengajian tinggi,mak dah pesan dah. Dah bagi
greenlight. Itu pesan yang ntah berapa kali. Sekarang merasakan masanya dah sesuai maka semakin mudah saya membuka ruang pada mereka yang ingin berkenalan dan begitu juga “pada diri” dengan usaha saya yang memulakan perkenalan.. huhu kes perigi cari timba la ni..
cari melalui medium chatphone agak payah juga, YM pun begitu juga.. sehingga bermulanya kes perkenalan melalui blog.. lebih mudah mengenali dengan menganalisis cara penulisan,isu
penulisan kerana menggambarkan personaliti diri,dan bonus jika ada gambar.
Saya ni seorang yang payah juga nak tercuit hati, banyak faktor juga, “agama,rupa,latar belakang dan umur” itu antara faktor yang mempengaruhi. Ada yang saya jumpa, seorang yang boleh dikatakan berhati baik,tetapi tiada daya penarik yang boleh mencuit perasaan saya untuk ingin berkenalan secara lebih dekat lagi. Mungkin suatu hari nanti,siapa tahu. Saya tak la tolak dia mentah-mentah.
ada yang semua ok, tapi latar belakang pula tidak berapa ok..dia mempunyai tahap kesihatan yang tidak berapa baik. Sakitnya seringkali berulang-ulang datang. Kesian. saya menyayanginya sebagai saudara seislam dan sebagai seorang kawan. Sesungguhnya dia ni adalah orang yang boleh dibuat calon dan di antara calon yang tahap ranking tertinggi. Hampir 2 tahun kenal dengan dia. Antara orang yang lama kenal. Depend, ada yang mudah putus perkenalan dan ada yang lama. Nak bertahan lama ni bukan mudah, ada juga badainya. Mungkin umurnya yang jauh dariku, seakan segalanya diatasi oleh kematangannya yang tidak mudah melatah dan sabar. Semuanya keizinan dari Allah jua.
Itu baru intro, bersambung semula..sehingga bermulanya kes perkenalan melalui blog. Semasa blog walking, jumpala seorang blogger ni. Rasanya ni first time saya yang memulakan perkenalan dulu, rasa agak excited pun ada sebab berkenalan dengan niat bukan berkawan semata-mata,tapi hati ini telah tercuit dengan dia,maka ingin mengenali lebih dekat,mana la tahu kot ada jodoh ke kan..kita berusaha, Allah jua yang merancang. Maka, saya pun YM la dengan dia.
Alhamdulillah respon yang diberi oleh dia baik. Mudah saya bahasakan dia sebagai si pencuit hati. Usia perkenalan baru 1 hari, dan keadaan internet yang tak berapa ok maka saya tak boleh nak YM selalu dengan si pencuit hati untuk hari-hari yang seterusnya. Maka saya pun meminta no telefonnya. Dia agak terkejut dan tak setuju,kerana teramatla singkat tempoh perkenalan,baru 1 hari sudah ingin meminta no telefon. Saya pun menyatakan sebab line internet saya tak berapa ok. Dan cuba memberikan sebab-sebab tambahan yang lain supaya boleh meyakinkan dia walaupun hati masa tu dah malu teramat dan kecewa “i got dumped!!!!! First time trial,got dumped!!! ”,kata orang putihnya la. aduh malunya dan kecewanya. Baru saya tahu perasaan orang yang dikecewakan. Itupun jika serius ingin berkenalan dan menyimpan harapan. Jika tak serius,rasanya hati tak sakit kot. selalunya lelaki mudah je bagi no,tapi nampaknya orang yang berjaya mencuit hatiku ni lain dari yang lain.
Cara penulisan saya pun masa tu dah agak emo.. “lau tak suka takpa la, I.D YM saya awak boleh delete,saya tak nak la mengganggu kehidupan orang”.
Si pencuit hati- “tengok,perempuan selalu emosi, bukan macam tu maksud saya, biarlah perkenalan tu mengikut waktunya.”
Hmm perempuan biasala,lau tak emo bukan perempuan namanya..hehe tapi jadila perempuan yang pandai mengawal emosi..jangan keterlaluan la maksudnya. Apapun jiwa perempuan jangan di samakan dengan lelaki. Sememangnya berlainan. Perempuan memang cepat touching. Kena faham. Dan lelaki perlu cuba atasinya dengan baik. Ok saya terima, saya telah emosi ketika itu.
Maksud si pencuit hati,lebih kurang bukan memaksa la dalam perkenalan. Katanya, “Let friendship growth by itself.” Bagi dia berkawan dalam dunia maya,hanya di dunia maya je. Kawan di blog/YM hanya di blog/YM je, tak lebih dari tu. Bagi dia la, saya hanya boleh menghormati keputusan dia.
Tetapi tidak bagi saya, kawan di dunia maya semuanya boleh di bawa ke dunia nyata. Memang patut pun dia terkejut, baru kenal dah minta no fon, tapi saya insyaAllah saya akan bagi no jika saya lihat orangnya boleh dipercayai untuk dijadikan kawan. Mungkin saya ni tak cukup lagi kot untuk dipercayai oleh dia atau dah itu prinsipnya,bukan soal mempercayai.
Saya minta no telefon awal,bagi saya rasional/munasabah sebab saya selalu tak dapat online,internet tak berapa ok. Nak berkenalan bukan makan masa sekejap,tapi lama 2,3 tahun? Mungkin lebih dari tu,siapa tahu. Nak tunggu YM? Hu ntahkan bila nak bergerak perkenalan..Sekarang umur saya menginjak 23 tahun. jadi congak la sendiri bila nak kahwin jika tempoh berkenalan tak dimulakan dari sekarang. Betul tak? Anda setuju atau tak? Sila beri pandangan..
Mungkin si pencuit hati belum serius tentang perkahwinan. Ikutla. tapi saya dah mula serius. Apapun si pencuit hati mengambil no fon yang saya berikan sebagai menghargai. Sampai sekarang tiada kabaran darinya di handphoneku.
Takpalah, walaupun telah dikecewakan, saya kembali rasional dan tenang kembali setelah berpegang teguh pada takdir, “jika ada jodoh kau tolak sekali pun takkan ke mana”. “Jika kau bukan untukku,maka pasti orang yang lebih baik darimu sedang menungguku”. Maka jangan berputus asa, usaha dan tawakal, teruskan mencari dan berkenalan huhuhu.. apa yang berlaku ambil pengajaran untuk next trial insyaAllah.
Kami masih berkenalan..Cuma payahla nak rapat dengan si pencuit hati ni. Sebab dia bukan sahaja mencuit hatiku,malah ramai,mengikut firasat saya la..kerana orangnya mempunyai semangat dakwah,baik,positif dan punyai rupa manis mata memandang. mestila ramai yang cuba mendekati kan?. Dalam list YM dia mesti ramai, setiap kali saya online dia tak berapa perasan,lagipun baru je kenalkan. Agak payah untuk diperasankan. Perlu berlapang dada dan saling memberi peluang. Maka bersainglah secara sihat wahai perempuan-perempuan sekelian :) Moga dijauhkan isu bergaduh disebabkan berebut seorang lelaki.
Buat si pencuit hati, jika membaca entry ni ketahuilah engkau akan rahsia sebenar di sebalik perkenalan yang kuhulurkan. Dan inilah penjelasanku.
..buat adik-adik di luar sana baik lelaki atau perempuan..ingatlah ye,belajar sungguh-sungguh dulu, belajar sungguh-sungguh untuk sebarkan syiar Islam, akak pun sedang berusaha ke arah kesungguhan walaupun sukar, soal berkenalan ni letak tepi..nanti dah sampai masa yang sesuai barulah cari ye.. jangan rosakkan diri dengan bercouple. Bercouple boleh mengundang berbagai masalah jika tak pandai kawal diri,lebih-lebih lagi usia masih muda,memang risiko ke arah tak pandai kawal perasaan. Dan berkawanlah mengikut batasan syariat.
Firman Allah dalam surah al-isra:32 ,
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
masalah negara masalah bersama, isu buang anak makin meningkat tahun demi tahun..melibatkan ramai orang Islam,bangsa melayu. Moga kita berjaya mengawal nafsu. Moga kita diberi kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat..amin..
10 Januari 2010
aku lemas. boleh tolong beri pandangan?
kami kenal dalam 3 bulan melalui fon. tersilap nombor dan berkawan. dia seorang lelaki.
kami hanya mesej sahaja, tak pernah call.
dia kata, bagitahu kerja itu kemudian. asalkan ikhlas berkawan.
bagi saya, yela mungkin pekerjaan itu boleh menggugat keikhlasan, tapi saya nak tahu juga..dan insyaAllah perkara pekerjaan tak menggugat apa-apa jika benar dia seorang yang ikhlas, dan punyai ciri kawan yang baik.
ingatkan dah masuk 3 bulan, bila tanya kerja apa dia akan jawab, tapi still nak berahsia.
saya lemas kawan dengan orang yang saya tak kenal sepenuhnya, cukupla saya tahu umur,asal,kerja. itu je. bukan minta cerita mengenai diri atau keluarga. oleh sebab saya nak tahu juga, telah menampakkan saya seolah-olah memaksa. dan ini menggugat hubungan kami. tapi saya bukan nak memaksa. saya kira, saya berhak mengetahui pekerjaan dia sebagai seorang kawan. sampai bila harus saya bersabar? dia seorang yang baik tapi kerahsiaan yang tinggi.
saya lemas.
boleh bantu saya beri pandangan?
03 Januari 2010
persoalan menjelang tahun baru
Mencari Keberkatan Masa
Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.
Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.
Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.
Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.
Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.

Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang.
Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan.
Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.
Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan.

Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.
Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan harijadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan darjat dan pangkat kepada orang lain, belum tentu dia sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah.
Mungkin belanja hari jadinya itu akan menjadi beban kepadanya pada hari akhirat kelak; dari mana wang itu datang dan bagaimana ia digunakan?! Seorang miskin di ceruk yang terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi.
Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.
Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)
“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).
Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.
Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini.

Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya)
“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96).
Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)
“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).
Kata Nabi Isa: (maksudnya)
“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).
Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam).
Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.
Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.
Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.
Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w
“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).
Telah saya kongsi ia dengan pembaca dulu. Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian. Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidinhttp://drmaza.com/home/?p=910
22 Disember 2009
desakan
kita boleh jadi pendorong
kita ransang secara baik atau buruk
dua-dua boleh,ikut kesesuaian
bukan melampau
sampai tahap memang payah
memang payah nak suruh orang membuat sesuatu yang kita inginkan
bukan apa, untuk manfaat juga
bersabar je la..
bilamana dah ransang, tak berhasil jugak..
bersabar..bersabar..sabo..
fikirkan strategi ransangan lain.
renungan anjakan paradigma
lalu aku terjumpa ayat ini
Kasihan umat ini...Mereka perlukan orang-orang yang selalu memikirkan masalah umat. Jika asyik fikir masalah peribadi, sampai bila masalah besar Islam nak selesai?...
fikirku betul juga..asyik fikir masalah peribadi je.. bila nak buat diri tidak bermasalah (masalah dalaman) ..? contoh malas dan sebagainya.
masalah luaran tidak boleh diduga.
tapi lau dalaman tak settle..dapat menarik masalah luaran, ditambah dengan masalah luaran yang tak terduga.. sama dengan = dua kali ganda masalah!
ini sifir hidup? sifir kejayaan?
takut. ya Allah berilah bimbingan,kekuatan kepada kami,permudahkan urusan kami, dan jangan Engkau bebankan kami dengan bebanan yang tidak kami mampu tanggungi sepertimana Engkau telah bebankan ke atas umat-umat terdahulu daripada kami.
21 Disember 2009
ROYALTI : SIAPA YANG CELUPAR ?
bacaan penuh sila klik
http://www.blogtokguru.com/pages/posting/30/royalti-siapa-yang-celupar-
12 Disember 2009
aku tersenyum

ada beberapa perkara membuatku tersenyum hari ini, kerana apa yang aku hajati termakbul, moga Allah terus mempermudahkan pencarian aku, dia dan anda. dan sebagai penguat diri aku ingin berkongsi kata-kata di bawah ini
Aku meminta pada TUHAN setangkai bunga segar, di beriNYA kaktus berduri.Aku memintaNYA kupu kupu,di beriNYA ulat bulu.Aku sedih dan kecewa.Namun... kemudian kaktus itu berbunga indah sekali. ulat bulu itu pun menjadi kupu2 yang sangat cantik. itulah jalan TUHAN, indah pada masanya, TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan. kadang kala kita sedih kecewa dan terluka. tetapi jauh di atas segalanya DIA sedang mengatur yang terbaik untuk hidup kita.
dan aku juga mendapat khabar sedih
kini aku sedang menunggu 1 hikmah yang belum terjawab.
doakan diriku tabah dan Allah memberikanku petunjuk dalam memilih apakah terbaik buat diriku pada masa hadapan. Sesungguhnya, aku berserah kepadamu,sesungguhnya Engkau yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku.
Alhamdulillah, sudah ada dua kata-kata bernilai di komen,terima kasih. teruskan memberi pandangan anda pada post entry salam 1 perkongsian, sama ada menambah atau membidas terpulang pada pengetahuan anda.
fatimah on~http://gurindamrasa.blogspot.com
05 Disember 2009
lahirnya ke muka bumi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
seorang insan iaitu aku! selamat hari lahir buat diriku..moga Allah perkenankan segala hajatku..amin..
genap sudah usiaku 22 tahun.
di kala usia begini..fikiranku tidak lagi mahu merancang untuk kahwin cepat
aku risau sebenarnya..aku ini masih kebudak-budakkan..aku gagal menjadi "anak dara" yang boleh diharapkan..aku gagal. melainkan bakal suamiku tidak kisah keh3 (yelatu..)
genap sudah usiaku 22 tahun.
dikala usia begini,aku masih melalui pengajian diploma yang memerlukan satu setengah tahun lagi untuk aku meraih diplomaku..oh Tuhan,berikan kekuatan,kesabaran dan kejayaan..dikala ramai yang seusia denganku sudah ke peringkat degree..praktikal..kerja..kahwin..ada anak comel..
genap sudah usiaku 22 tahun.
aku sudah tidak mahu berada dalam dunia kegelapan..otak ku makin memikirkan masa depan diri dan masyarakat dalam memartabatkan gaya hidup dunia Islam.. zaman nubuwwah dan khilafah menjadi impian dan inspirasi..bilakah islam kan tertegak kembali,satu perjuangan yang masih jauh melihatkan situasi ummat islam sekarang yang tenggelam dalam penyakit hati dan cinta dunianya..apakah dakwah yang perlu dilakukan..
...genap sudah usiaku 22 tahun..aku sudah tidak tahu apa lagi yang mahu dicoretkan..
selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w..
fatimah on~http://gurindamrasa.blogspot.com
09 Jun 2009
bau kedai x hilg lg

haa ni la peralatan menulisku yg baru. complete set dah. ops lupe letak pemadam stabilo. yg sbenarnye kumasih bersedih di atas kehilangan brg2 ku tmasuk la pensil case.
hari ptama mule blaja slps khilgn pensel case, ku meminjam pen rakan2ku hinggalah hr-3. pen2 kwn aku ni x best,so i cannot stand with it for along future journey kih3.. xla aku ade niat nak bli pen br yela brg org xkn bt cam brg sndri lak tmbhn pule pen dia x best kn?
hr-3 lau x silp,aku pn bli pen 1 yg wane hijau tu, RM1.70 ade byk colour-biru,hitam n merah.kire aku xpyh la nk bli pen merah lain,skali seng n jimt. aku pun meneruskn pembelajarn spt biase dgn seng hatinya dh ade pen sndri yg best! hehe. selang beberapa hr..waktu kelas kimia, kne bt balance chemical reaction-imbangkan psamaan kimia, pergh..buku nota aku comot wey..aku x geti nak imbangkan psamaan tu asik salah je,dh la gune pen,pastu salah "cancel" gariskn yg salah tu,bt lg- slh lg- cancel lg-,bt lg- slh lg- cancel lg,hu x thn.. tye kwn,ade pensel lebih x?
dia kata sebtg je. hmm nasib ko la comot bku,bt lg-slh lg-cancel lg..mnyirap aku eh..petg tu serbu book store bli pralatn yg patut kne ade. heh tu la sumenye,lame tol aku membelek2 pralatn.akhirnya as u see in the picture.. hmm pueh hati aku. alhamdulillah..
aku sbenarnye nk bli kt luar,sbb bookstore ni kwn2 aku ckp mhl brg dia, tp aku bilenye nak kluar,asik x kuar je. n esok ade kimia, xleh dh nk gune pen,alamatnya hbs bku nota aku dgn garis "cancel" je nnt dgn pengiraan kimia nye lg.
ntahla aku jrg "alert" hrga brg ni, al maklumla blagak kaya,pdhl biase je, but is the good thing that i learn, always survey first then u could make a smart earn and save money.tmbhn pule hidupku semakin mcabar..byk nk kne gune duit. nyanyi skit, duit duit..di mana kau duit? yiarh..
the price list :
BIC Matic 0.5 mm yellow mechanical pencil - RM1.50
green MG ball pen 3-vision colour 0.7 mm - RM1.70
carera power grip pen- RM1.50
Faster highlight pen 878-blue - RM1.70
Faster highlight pen 878-pinky - RM1.70
ubat pensil BUNCHO - RM0.80
STABILO 1183 eraser - RM0.20
hu total up melayang dekt spuluh hinggit gak.
sape yg slalu beli or alert hrga brgn ni, aku nk tye tmpt korg bp hargenye? wink~wink~
04 Jun 2009
perubahan diri
ok la sambung cerite, perubahan diri? aku dulu dan aku sekarang..
alhamdulillah, boleh dikatakan ade perubahan.
skang aku lebih penyabar,walaupun x la sabar mane,tapi ade skit kerana aku merasainya.
dulu cepat nak jadi bengis, tahu suare org bengis cmne?
but now think first before say something/take action.
melayu nye berbunyi, pikir dulu sbelum bercakap/bt sesuatu tindakan.
adakah benar cakapan dia dalam menegur diri kita?
bagaimana reaksi kita untuk membalas katanya?
jika x puas hati, bicara yg bagaimanakah untuk pbincangan yg baik bagi kedua2 belah pihak?
ini sume dapat di atasi dengan sabar (sifat terbuka) kemudian fikir dan baru bagi respon.
walaupun cara mereka menegur agak kasar bagi kita
tapi sabarlah kerana dia memang begitu,
nak tegur dia supaya cakap lebih baik pun boleh. takda masalah! blh je..
yg penting kita terima teguran dia dan kita tak menghuru hara kan suasana
yela cakap bengis,slalu bercakap bengis ni blh wujud suasana damai ke?
mendatangkan ego ada la!
sabar untuk ape?
untuk kebaikkan pd diri dan org ln
sabar boleh memupukkan persaudaraan
mengeratkan kasig sayang
dan sambungla sendiri..
lagi 1 perubahan diri
latih diri kita menjadi seorg yg ikhlas..
dulu lau disuruh aku suke merungut..
tapi skang jika disuruh walaupun caranya agak kasar menyuruhku.
kasar lg! so korang dan aku skali tolong la jd org yg lembut bahasanya ye!
aku memg touching la lau kasar2 ni, aku kalau boleh memang susun ayat dulu sbelum bckp supaya x guriskan hati org,lau x blh ckp pn sebb mls nak pnjgkn cerita atau x terluah,pyh nak luah aku senyap.diam x bermakna aku redha dikasari,sebb aku sendiri x suke dikasari. mungkin kerna aku mempunyai seorg ibu yg lembut tuturnya. so tolongla jg hati org.
berlemah lembut dalam berkasih sayang sesama kita.
nak bt camne sebb dah dia memg begitukan,jd aku maafkan la dan tak melawan cakap (bengis2 atau sepupu sepapatnye la) aku terus bt ape yg dia suruh.
bahasa kasar ni ikut negeri-jadi kena phm ok.
aku anggap memg bahasa negeri dia begitu jd aku maafkn la.
nak tegur dia,nnt la,aku pn masih byk kekurangan,baru je blaja berubah.
buatnya aku tegur dia,lastly aku yg naik baran tak ke naya je..
so kena tahu tahap diri,yakin boleh,bt la,x yakin,tingkatkan keyakinan!
cmne nk tingkatkan keyakinan? korg tahu x?
tingkatkan keyakinan dengan cara berusaha ke arah yg boleh memantapkan diri kita
seperti dalam menjaga akhlak kita, amalan ibadah kita, dan berusaha menjaga segala-galanya lah tentang diri kita, supaya bila kita nasihat orang, orang x blh nak kondem kita teruk-teruk,kondem sikit2 je.dan jadikanlah diri kita sebagai contoh terbaik untuk rakan2 kita ikuti dalam melakukan perubahan diri mereka,insyaAllah.
niatlah semuanya kerana Allah taa'la. moga Allah permudahkan usaha kita.
oih..panjang lak bercerite aku ni..end~
fatimah on~http://gurindamrasa.blogspot.com
18 Februari 2009
minggu yg sibukkkk
ada test, assignment, n berniaga (jaga booth)..
apepun "i love my student life!"
itulah ayat yg baru je terlintas di fikiran malam tadi
aku kene terapkan perkataan tu dalam khidupan ku di kampus ni
cuba tepis segala fikiran negatif
dengan mengubah keadaan dengan sikap bersungguh2!
memang aku rasa keseorangan kat kampus ni
ujian ni..
result final exam aku sem lepas lingkup
ujian ni..
malas n tak bersemangat
sume ni ujian..
aku kene ubah keadaan dengan bersungguh2 dan bergantung pada Allah
agar aku dapat manfaat kan student life aku ni dengan sebaik mungkin!
pasni zaman student xde lagi..
buat yg terbaik untuk diri dan masyakat..dalam mencari redha Allah
bila Allah redha,rahmat NYA akan sentiasa ade bersama,
di situlah nikmat kebahagiaan
walaupun umur aku dah terlajak nak masuk 22 tahun,baru sem 4 diploma..dan kene extend stahun lagi..hoho
kawan2 aku ramai dah sambung degree,dan dah nak habis degree pun ade!!
sabo2...
sume ada hikmah..
aku repeat paper,membuatkan aku lebih faham dunia kos yg ku ambil
dari graduate tapi x tahu apa2..itu yg aku rase dulu, aku x tahu apa yg aku blaja sepanjang 2 tahun amik kos ni,,huu amat sadis..
tapi skang alhamdulillah..ade peningkatan pemahaman.
moga Allah sentiasa memberi rahmat,kekuatan,kebijaksanaan,keberkatan ilmu pada aku-amiin..
30 Januari 2009
hidup di perantauan
hari2 makan luar..
huhu botak la kepala..
ajinamoto kat kedai tahu2 la..
banyak letak bab tu sedappp je..
apepun seminggu ini
mendewasakan aku..
hidup mesti nak cari pengalaman
pengalaman yg mendewasakan kita
semoga semua yg dirancang dan amanah yg dipegang berjalan lancar..
usaha dan tawakkal serentak
amiin ya rabbal a'lamin..
cari
Reminder for me and you
ayuh para mujahid dan mujahidah!




