28 Januari 2010

saya tanya dan saya jawab


biasala blog ni sunyi je. kira saya tanya pandangan then saya beri pandangan sendiri je.
tak tahu apa susahnya beri komen ye..ye ye saya faham,dulu pun saya jenis silent mode je.
take time la ye dalam mengetengahkan pandangan atau menonjolkan diri. tak semestinya komen itu perlukan yang bernas2 je. campur-campur la lagi baguskan.

okay untuk memfokuskan diri!

kita mesti silent mode dari benda yang boleh menggangu fikiran kita.
betul tak?
terpulang, siapkan kerja yang menganggu pemikiran kita atau buat perkara tu kemudian. tapi sentuh bab blogging,memang bahaya pada saya. makin di jenguk,makin addict rasanya. so untuk perkara-perkara seperti ini, just stop it!

okla nak beristirehat dari blog ni.
bukan mode silent je,
kena pakai mode pelindung diri-power trojan shield -mode menjauhkan diri paling tegar punya! hu3..sapa cakap,dia kena buat. jom fatimah kita berkabung..sapa lagi nak ikut berkabung sama saya? jom..huhuhu..

tap! -offline-

27 Januari 2010

bagaimana mahu fokus pelajaran?

apa petua kamu?
mari kongsi-kongsi petua..

24 Januari 2010

sentiasa kembali sedar diri amalan mendekatkan diri pada Tuhan yang satu







salam,
terima kasih saudara mi vida memberikan pekongsian pandangan.
merespon pada mi vida,saya buat 1 entry khas ni.

alhamdulillah, saya mendapat didikan dari kecil. dan bila besar berjauhan dengan keluarga,alhamdulillah Allah masih menjaga saya. alhamdulillah saya pun tidak terlepas dari membuat dosa,dan alhmdulillah saya sentiasa dapat beristigfar dan cuba baiki diri. kita perlu sentiasa muhasabah dan sedar diri kita ni siapa.

segera bertaubat dan menjadi orang bertaqwa selepas mengakui kesilapan diri. perlahan-lahan membersih hati kita.
insyaAllah Allah tolong kita, firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 69:

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

alhamdulillah, ini boleh dikatakan tips menjaga diri saya.
tambahan, selalu berdoa mohon Allah berikan petunjuk,dan jangan dibolak balikkan hati kita selepas ditunjuki jalan yang benar. dan mohon istiqamah dalam perjuangan, macam-macam perjuangan sebenarnya bila difikirkan sebenarnya,saya pun baru perasan, istiqamah dalam perjuangan melawan nafsu, perjuangan membaiki diri, perjuangan akademik, dan segala enis perjuangan yang membawa kebaikan. kesimpulan, berdoa istiqamah perjuangan menegakkan Islam di landasan jemaah, menegakkan Islam itu mula dari diri, kemudian orang sekitar. doa minta istiqamah dalam perjuangan je, tak perlu panjang-panjang kerana kita sudah memahami perjuangan yang bagaimana. tetapi jika nak luahkan semua,amatlah bagus. cuma mungkin kita kesuntukkan masa untuk berdoa panjang-panjang. cukuplah kita memahami dan menghayati doa kita. saya jika tak sempat doa panjang-panjang,cukup sekadar dengan doa ibu bapa (wajib) dan doa Ya Allah berilah kami kebahagian duna dan akhirat,dan selamatkan kami dari azab api nerakaMU. cukup. doa ni maknanya luas. mencakupi semua.

mahu Allah dekat dengan kita? sentiasa ingat kepada Allah. nescaya, Allah ingat kepada kita.

dalam hadis, saya baca sebuah buku comel yang gambar kat atas tu,
kita sebenarnya tak kenal siapa itu Allah.. saya terkedu ketika membaca buku ni.. betapa sungguhnya Allah itu MAHA PENGASIH,PENYANYANG DAN PEMURAH.

terlalu banyak ilmu yang kurang di dada saya, ilmu yang dikongsikan dalam buku ni, banyak membantu diri mengenal PENCIPTA kita. rasa ingin lebih lagi mengenaliNYA..semua ini bergantung pada hidayah Allah dan sejauh mana usaha kita mendekatiNYA. banyaklah berdoa supaya diri kita diberi HIDAYAH dan kekuatan dalam mengenaliNYA.

antara hadis yang saya petik dari buku ni,

*Abu Hurairah melapor Rasulullah berkata, " Allah yang mulia dan tinggi martabatnya berkata, ' Aku seperti yang disangka oleh hambaku dan aku sentiasa bersamanya setiap kali dia mengingatiku. Demi Allah, Allah benar-benar gembira menerima taubat hambanya, lebih gembira daripada saudara yang menjumpai barangnya yang hilang di padang pasir. Siapa yang datang dekat padaKu sejengkal, aku datang dekat kepadanya sehasta. Siapa dekat padaKu sehasta, aku datang dekat kepadanyasedepa. Apabila dia datang berjalan padaKu, aku datang berlari-lari kepadanya." -direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-

*Umar bin Khatab melaporkan, " Beberapa orang tawanan itu tercari-cari anaknya. Setiap kali dia berjumpa bayi, dia mengambilnya lalu didakap dan disusukan.

Rasulullah pun berkata, ' Pada pandangan saudara-saudara, adakahperempuan ini akan mencampakkan anaknya ke dalam neraka? '

Kami menjawab, ' Demi Allah,tidak'.

Rasulullah berkata lagi, ' Demi Allah, Allah sayangkan hamba-hambanya lebih daripada sayangnya perempuan-perempuan ini kepada anaknya.' " -direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-


*Abu Hurairah melaporkan, "Rasulullah berkata, ' Semasa Allah menjadikan makhluk ciptaannya, Allah menulis di dalam buku yang ada padanya di atas arasy, ' Rahmat belas kasihku mengatasi kemarahanku.' " -direkodkan oleh Bukhari dan Muslim-

dan banyak lagi petikan ayat yang saya kira bisa menggugah jantung pembaca,insyaAllah.

Sinopsis buku ini :

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatmu, dan engkau yang maha penyayang daripada semua yang penyayang"

Allah kaya dengan sifat kasih sayang. Tiada siapa dapat menandingi kasih sayangnya kepada hamba dan makhluk ciptaannya. Dengan rahmatnya, kita memohon keampunan. Dengan kasihnya, kita mengharap keredhaan. Dengan sayangnya, kita meminta belas kasihan.

Buku kecil ini diolah semula daripada kitab Riyadus Solihin. Memuatkan koleksi ayat al-Quran dan hadis bertemakan kasih sayang Tuhan.

Imam Nawawi atau nama sebenar Abu Zakaria Yahya bin Sharaf an-Nawawi adalah tokoh autoritatif dalam bidang hadis.

Buku ini mengandungi 4 bahagian :

Takutkan Allah
Mengharap Belas Kasihan Allah
Bersangka Baik kepada Allah
Takut dan Mengharap pada Allah

sumber : http://pts.com.my/index.php/buku/520/


tapi percayalah semua dari Allah, saya bersyukur saya dipilih oleh Allah dalam mendapat hidayahNYA. saya pun tidak terlepas dari alpa,dan cukup takut kealpaan saya,membuatkan Allah menjauh dari saya dan membiarkan saya terkapai-kapai. Bila Allah jauh dengan kita,tercabutlah segala kemanisan iman.. bila itu tiba, segala ibadah kita tak rasa manis, tetapi maksiat yang menjadi manis,dosa-dosa bila dibuat kita tak rasa apa. kita suka dosa,kita tak suka lagi kepada kerohanian. Allahuakhbar, jika boleh iman itu sentiasa tetap dan meningkat,tidak turun-turun,itu menjadi idaman, tapi iman itu tidak begitu kerana iman itu boleh naik dan turun. cukup takut. sentiasalah menjaga diri kita insyaAllah.

tip berikutnya,sentiasa berdampingan dengan orang-orang yang soleh, yang selalu ingat kepada Allah, senang citer orang baik-baik, tak semestinya ustaz atau ustazah, tetapi pilihlah kawan-kawan dikalangan orang yang baik-baik. yang dapat menasihati diri kita jika kita buat silap,dan mengingati Allah. contoh,tolong kejutkan kita untuk bangun solat dan sebagainya.
pilihan kawan itu penting, dalam hadis, jika kita kawan dengan tukang besi,bau besi melekat kat kita, dan jika kita kawan dengan penjual minyak wangi, bau wangi melekat pada kita.. rasanya saya pernah cerita hadis ni..tapi tak pasti entry yang mana satu.

asalnya nak buat pendek je entry,tetapi menjadi panjang..
idea bercakap ada,jadi saya bercakap jela..melalui tulisan..pok pek pok pek.. huhuhu..

k la, tegur-tegurla juga saya ye, kita saling memerlukan. baca ayat dalam gambar bawah skali kat blog ini.

tips-tips di atas boleh la di list kan 1 persatu. buat short note sendiri.

insyaAllah mi vida, kita cuba berusaha ke arah itu, dakwah berkembang dengan usrah.
jom mi vida kita buat usrah :) jika tak mampu buat usrah,kita join usrah. dont missed usrah forever. insyaAllah.

okay, saya kongsikan 1 artikel menarik ustaz pahrol, yang bertajuk kalau benar cintakan Allah, sila klik sini. selamat berjalan-jalan ke blog ustaz pahrol :)

sedikit ulasan-kepelbagaian agama dalam mencari kebenaran yang satu



saya telah memberi ulasan di entry saudara hami yang bertajuk kita dan al-Quran.
ok mari kita go through dulu entry tu, klik sini.
anda boleh baca ulasan saya di ulasan entry tu atau boleh je baca di sini.

ulasan:
melalui pemerhatian..alhamdulillah rakyat malaysia cukup subur dalam mengaji al-Quran. kita masih melihat anak-anak kecil dihantar untuk mengaji al-Quran. tetapi ketahuilah 1 fakta, yang rakyat malaysia cukup kontang dalam mengkaji al-Quran.

kebiasaan mengaji dari anak kecil sampai peringkat tua,dah umur 55 tahun masih belajar mengaji lagi?..pemahaman al-Quran masih kurang atau tidak memahami isinya. pemahaman isi al-Quran ini tidak dititik beratkan sepertimana mengaji.

maka tidak hairanlah kita masih di takuk lama. sedangkan muallaf di luar negara tidak tahu mengaji,tetapi memahami (mengkaji) maka mereka hebat dari segi dakwah di sana,sehingga 20 ribu orang kafir memeluk islam setiap tahun di sana. tapi dakwah di malaysia? makin banyak murtad ada. kita jauh dengan al-QUran,kita jauh memahami dalam memahami al-Quran. sedangkan itulah buku manual panduan hidup kita. kita masih terlalu sikit ATAU ZERO berdakwah dengan non-muslim.. hanya bercakap tentang islam dengan sesama muslim je..

muhasabah bersama..

mengaji dan mengkaji seimbang.

kita pertingkatkan ilmu untuk berdakwah dengan non-muslim,kita perlu mengkaji agama mereka untuk mudah kita kaitkan kelemahan agama mereka dan kebenaran dan kehebatan Islam. tidak dapat tidak,kita pun perlu mengkaji perbezaan agama ini untuk kita merasakan sendiri keistimewaan islam. justeru,menidakkan Islam itu hanya agama warisan keturunan dan Islam hanya atas nama.tetapi membenarkan kita pilih Islam,bukan kerana agama warisan tetapi PILIHAN HATI kita. dan menjadikan kita hamba Allah yang sebenar-benarnya memahami tuntutan Islam.

..ayat di atas,ayat yang dicedok selepas mendengar ceramah "al-Quran dekat di hati,melahirkan generasi cemerlang dengan formula I.S.L.A.M."..harap maklum.

saya menyimpan niat untuk mengkaji agama2 yang ada di sekeliling kita.di sekolah tak di ajar ilmu pengkajian agama ni.maka kena belajar sendiri dan ibu bapa perlu mengajarkan pada anak-anak.
bagaimana dengan anda?

pengalaman saya berchatting dengan seorang christian,yang menyoal..kamu dah kaji ke Islam? kamu hanya warisi dari ibu bapa kamu. kamu dah kaji christian? mana satu yg benar dan apa hujah kamu?

maka bersediakah kita? jika iman tak kuat, ilmu agama kurang, mudah je cristian memesongkan akidah kita.sesetengah negara termasuk malaysia,kristian aktif menyebarkan dakyah mereka. maka meningkatnya kes murtad di malaysia.

okey itu je.
sorry hami,panjang2 macam entry dah.lau tulis entry macam ni di blog saya yang tak famous tu kurang la orang membacanya. jadi saya ambil kesempatan berkongsi di sini. hidup perlu pandai mengambil peluang. tak gitu? :)

oh ye, lupa bagi cara.
satu pendekatan yg boleh kita guna adalah dengan memberi buku-buku pendedahan Islam atau tafsir al-Quran kepada non-muslim.
yela nak terangkan kita pun tak pandai mana. dengan buku tu boleh la dia baca sendiri.
penyanyi terkenal cat stevens, skang dikenali yusuf islam, masuk islam setelah menerima hadiah buku "the amazing of Quran".
golongan saintis yang hebat dan anti-agama(aethes) banyak masuk Islam setelah mengkaji kebenaran dalam al-Quran..dan banyak lagi nama-nama muallaf yang terkemuka.
saya nak cerita lagi,mungkin next entry di blog saya insyaAllah. perlu pada perincian. so tak leh nak direct citer skang.

ok rumusan,dakwah non-muslim perlu ada pendekatan berhikmah. eratkan hubungan dahulu dengan mereka dan beri hadiah buku. semua ni perlu kepada ilmu. ilmu dan ilmu. mari sentiasa update diri.

ok itu je ulasan yang dapat kucoretkan. apakah pula ulasan anda, jika ada?

22 Januari 2010

Al-Qiaamah by the best egypt reciter-qari Sheikh Abd El Basset Abd Essamad




Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1]
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
[2]
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
[3]
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
[4]
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
[5]
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
[6]
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
[7]
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
[8]
Dan bulan hilang cahayanya,
[9]
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
[10]
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
[11]
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
[12]
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
[13]
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
[14]
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
[15]
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
[16]
Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
[17]
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
[18]
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
[19]
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
[20]
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
[21]
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
[22]
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
[23]
Melihat kepada Tuhannya.
[24]
Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
[25]
Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
[26]
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
[27]
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
[28]
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
[29]
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
[30]
(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
[31]
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
[32]
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
[33]
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
[34]
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
[35]
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
[36]
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
[37]
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
[38]
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
[39]
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
[40]
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

taken from : http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

19 Januari 2010

ruang komen

tak tahu kenapa entry Isu sendiri, kaitan dan penjelasan tak boleh di komen. jadi jika ada komen,sila komen di entry ruang komen ni ye. thank you.

Isu sendiri, kaitan dan penjelasan.





Thanks to mr. kamikaze that be the first person commented my last post, your blog is happening! Keep it up.

Thanks to ummi, menjawab pertayaan ummi..kenapa tanya kerja?, oh itu menjadi kebiasaan,dan dari situ boleh berkongsi pengalaman kerja. love to know new info dalam bidang pekerjaan. Dan termasuk juga latar belakang.

Pasal si dia.. sebenarnya dah selesai.. bukan dia yang bermasalah,tapi saya yang bermasalah. Dia dah pernah bagitahu cuma saya yang tak ingat (T_T) haha. Dan dia bukanlah orang yang suka cakap hal peribadi..jadi bila tanya kali kedua dia jadi agak moody la. Suatu masalah bila kita punyai ramai kenalan chatting phone..tak semua yang saya ingat dan dont take seriously. maka lepas ni kena take seriously about it. Itu pun kena buat ayat pujuk, “saya ramai kenalan jadi tak berapa ingat, insyaAllah,lepas ni saya tak lupa lagi,nak salin dalam kertas biar ingat”.


Mengimbau kembali saat perkenalan dengan dia, dia call dan saya jawab, “salah nombor ni..” selang beberapa hari atau minggu,saya pun dah tak ingat bila, saya mendapat mesej dari dia.


Dia- “Salam, hai boleh berkenalan?”

Saya- .. dalam fikiran,eh siapa pulak ni..jika dari chat phone mesti guna no celcom, tapi ni no maxis? Macam pernah lihat je no ni..hati berdebar2,eh ke aku dah ada peminat misteri setelah lama aku takde peminat.(haha tak boleh blah) ..kemudian aku fikir,hmm kadang2 orang guna banyak no. Not impossible from chatzone. Lantas, aku tanya dengan perasaan penuh cuak, “siapa ni?”.

Dia- “saya dolah” (bukan nama sebenar)

saya-dolah mana pulak ni..alahai peminat misteri ke ni..lalu aku pun menaip “dolah mana pulak ni?”

dia-“haritu saya ada tersilap call,boleh berkenalan?”

saya-patut macam pernah tengok je no ni. musykil.. “rasanya tak perlu kot berkenalan”.

Dia-“saya ikhlas nak berkawan,tak salahkan”

Saya-hai..peliknya orang ni.. “awak ni memang salah no,pastu berkenalan ke? Ntah sapa2 je,buatnya ada niat jahat ke”. (prejudis sungguh aku)

Dia-“awak ni tak baik berprasangka buruk pada orang seislam, saya ikhlas nak berkawan....ayat seterusnya saya tak ingat,tapi ayatnya berjaya mengusik hati aku.

Saya-“bukanlah macam tu,tapi saya ni perempuan kena la hati2, banyak kes jenayah melibatkan penipuan dalam fon ni.” (habis selama ni yang aku berchatting kat chatzone tu tak bahaya ke sampai bagi no fon kat public? huhu)

Dia-“saya tak ada niat jahat, saya ikhlas nak berkawan.”

Saya-hai..cair hati aku asik kata ikhlas dari tadi.. “boleh,asalkan awak baik,ikhlas,jujur”

Dia-“insyaAllah”

Saya-“tapi ada syarat, boleh mesej tapi tak boleh call, mesej tu dari kul 7 pagi hingga 10malam. Boleh ke?” napa tak boleh call? Sila buat request lau nak tahu,lau ada yang request nanti saya cerita next entry,insayaAllah. Iklan jap... ok sambung balik, saya -“tapi ada syarat, boleh mesej tapi tak boleh call, mesej tu dari kul 7 pagi hingga 10malam. Boleh ke?”

Dia-“ok. Tapi saya pun ada syarat, awak mesti ikhlas,jujur”

Saya-“insyaAllah”.

Maka bermulanya episod perkenalan kami.. ternyata dia seorang yang baik, menjaga batasan dalam berchatting.jika salah,dengan gentle nya dia menegur.

Ok cukup sampai situ, any comment do you have? :)

....baik, teruskan membaca sampai habis..


Saya buka cerita lain,

setelah lama membataskan diri dari berkenalan dengan bukan muhrim, akhirnya bila merasakan sudah tiba masanya untuk mencari jodoh..baca kaitan entry lalu di sini, tambahan pula mak risau,saya ni jenis tak berkawan dengan lelaki. Saat waktu saya bertolak pulang ke tempat pengajian tinggi suatu ketika dulu selepas bercuti semester, mak ada pesan, “kawan biasa-biasa je bukannya bercinta,kawan kenal-kenal hati budi, kawan dengan ramai orang, nanti esok pilihlah mana yang sesuai,pelajaran jangan lupa dah la”. “ Hmm tengokla”, jawab saya acuh tak acuh. Sejak dari mula menjejakkan kaki ke pengajian tinggi,mak dah pesan dah. Dah bagi

greenlight. Itu pesan yang ntah berapa kali. Sekarang merasakan masanya dah sesuai maka semakin mudah saya membuka ruang pada mereka yang ingin berkenalan dan begitu juga “pada diri” dengan usaha saya yang memulakan perkenalan.. huhu kes perigi cari timba la ni..

cari melalui medium chatphone agak payah juga, YM pun begitu juga.. sehingga bermulanya kes perkenalan melalui blog.. lebih mudah mengenali dengan menganalisis cara penulisan,isu

penulisan kerana menggambarkan personaliti diri,dan bonus jika ada gambar.

Saya ni seorang yang payah juga nak tercuit hati, banyak faktor juga, “agama,rupa,latar belakang dan umur” itu antara faktor yang mempengaruhi. Ada yang saya jumpa, seorang yang boleh dikatakan berhati baik,tetapi tiada daya penarik yang boleh mencuit perasaan saya untuk ingin berkenalan secara lebih dekat lagi. Mungkin suatu hari nanti,siapa tahu. Saya tak la tolak dia mentah-mentah.

ada yang semua ok, tapi latar belakang pula tidak berapa ok..dia mempunyai tahap kesihatan yang tidak berapa baik. Sakitnya seringkali berulang-ulang datang. Kesian. saya menyayanginya sebagai saudara seislam dan sebagai seorang kawan. Sesungguhnya dia ni adalah orang yang boleh dibuat calon dan di antara calon yang tahap ranking tertinggi. Hampir 2 tahun kenal dengan dia. Antara orang yang lama kenal. Depend, ada yang mudah putus perkenalan dan ada yang lama. Nak bertahan lama ni bukan mudah, ada juga badainya. Mungkin umurnya yang jauh dariku, seakan segalanya diatasi oleh kematangannya yang tidak mudah melatah dan sabar. Semuanya keizinan dari Allah jua.

Itu baru intro, bersambung semula..sehingga bermulanya kes perkenalan melalui blog. Semasa blog walking, jumpala seorang blogger ni. Rasanya ni first time saya yang memulakan perkenalan dulu, rasa agak excited pun ada sebab berkenalan dengan niat bukan berkawan semata-mata,tapi hati ini telah tercuit dengan dia,maka ingin mengenali lebih dekat,mana la tahu kot ada jodoh ke kan..kita berusaha, Allah jua yang merancang. Maka, saya pun YM la dengan dia.

Alhamdulillah respon yang diberi oleh dia baik. Mudah saya bahasakan dia sebagai si pencuit hati. Usia perkenalan baru 1 hari, dan keadaan internet yang tak berapa ok maka saya tak boleh nak YM selalu dengan si pencuit hati untuk hari-hari yang seterusnya. Maka saya pun meminta no telefonnya. Dia agak terkejut dan tak setuju,kerana teramatla singkat tempoh perkenalan,baru 1 hari sudah ingin meminta no telefon. Saya pun menyatakan sebab line internet saya tak berapa ok. Dan cuba memberikan sebab-sebab tambahan yang lain supaya boleh meyakinkan dia walaupun hati masa tu dah malu teramat dan kecewa “i got dumped!!!!! First time trial,got dumped!!! ”,kata orang putihnya la. aduh malunya dan kecewanya. Baru saya tahu perasaan orang yang dikecewakan. Itupun jika serius ingin berkenalan dan menyimpan harapan. Jika tak serius,rasanya hati tak sakit kot. selalunya lelaki mudah je bagi no,tapi nampaknya orang yang berjaya mencuit hatiku ni lain dari yang lain.

Cara penulisan saya pun masa tu dah agak emo.. “lau tak suka takpa la, I.D YM saya awak boleh delete,saya tak nak la mengganggu kehidupan orang”.

Si pencuit hati- “tengok,perempuan selalu emosi, bukan macam tu maksud saya, biarlah perkenalan tu mengikut waktunya.”

Hmm perempuan biasala,lau tak emo bukan perempuan namanya..hehe tapi jadila perempuan yang pandai mengawal emosi..jangan keterlaluan la maksudnya. Apapun jiwa perempuan jangan di samakan dengan lelaki. Sememangnya berlainan. Perempuan memang cepat touching. Kena faham. Dan lelaki perlu cuba atasinya dengan baik. Ok saya terima, saya telah emosi ketika itu.

Maksud si pencuit hati,lebih kurang bukan memaksa la dalam perkenalan. Katanya, “Let friendship growth by itself.” Bagi dia berkawan dalam dunia maya,hanya di dunia maya je. Kawan di blog/YM hanya di blog/YM je, tak lebih dari tu. Bagi dia la, saya hanya boleh menghormati keputusan dia.

Tetapi tidak bagi saya, kawan di dunia maya semuanya boleh di bawa ke dunia nyata. Memang patut pun dia terkejut, baru kenal dah minta no fon, tapi saya insyaAllah saya akan bagi no jika saya lihat orangnya boleh dipercayai untuk dijadikan kawan. Mungkin saya ni tak cukup lagi kot untuk dipercayai oleh dia atau dah itu prinsipnya,bukan soal mempercayai.

Saya minta no telefon awal,bagi saya rasional/munasabah sebab saya selalu tak dapat online,internet tak berapa ok. Nak berkenalan bukan makan masa sekejap,tapi lama 2,3 tahun? Mungkin lebih dari tu,siapa tahu. Nak tunggu YM? Hu ntahkan bila nak bergerak perkenalan..Sekarang umur saya menginjak 23 tahun. jadi congak la sendiri bila nak kahwin jika tempoh berkenalan tak dimulakan dari sekarang. Betul tak? Anda setuju atau tak? Sila beri pandangan..

Mungkin si pencuit hati belum serius tentang perkahwinan. Ikutla. tapi saya dah mula serius. Apapun si pencuit hati mengambil no fon yang saya berikan sebagai menghargai. Sampai sekarang tiada kabaran darinya di handphoneku.

Takpalah, walaupun telah dikecewakan, saya kembali rasional dan tenang kembali setelah berpegang teguh pada takdir, “jika ada jodoh kau tolak sekali pun takkan ke mana”. “Jika kau bukan untukku,maka pasti orang yang lebih baik darimu sedang menungguku”. Maka jangan berputus asa, usaha dan tawakal, teruskan mencari dan berkenalan huhuhu.. apa yang berlaku ambil pengajaran untuk next trial insyaAllah.

Kami masih berkenalan..Cuma payahla nak rapat dengan si pencuit hati ni. Sebab dia bukan sahaja mencuit hatiku,malah ramai,mengikut firasat saya la..kerana orangnya mempunyai semangat dakwah,baik,positif dan punyai rupa manis mata memandang. mestila ramai yang cuba mendekati kan?. Dalam list YM dia mesti ramai, setiap kali saya online dia tak berapa perasan,lagipun baru je kenalkan. Agak payah untuk diperasankan. Perlu berlapang dada dan saling memberi peluang. Maka bersainglah secara sihat wahai perempuan-perempuan sekelian :) Moga dijauhkan isu bergaduh disebabkan berebut seorang lelaki.

Buat si pencuit hati, jika membaca entry ni ketahuilah engkau akan rahsia sebenar di sebalik perkenalan yang kuhulurkan. Dan inilah penjelasanku.

..buat adik-adik di luar sana baik lelaki atau perempuan..ingatlah ye,belajar sungguh-sungguh dulu, belajar sungguh-sungguh untuk sebarkan syiar Islam, akak pun sedang berusaha ke arah kesungguhan walaupun sukar, soal berkenalan ni letak tepi..nanti dah sampai masa yang sesuai barulah cari ye.. jangan rosakkan diri dengan bercouple. Bercouple boleh mengundang berbagai masalah jika tak pandai kawal diri,lebih-lebih lagi usia masih muda,memang risiko ke arah tak pandai kawal perasaan. Dan berkawanlah mengikut batasan syariat.

Firman Allah dalam surah al-isra:32 ,

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).


masalah negara masalah bersama, isu buang anak makin meningkat tahun demi tahun..melibatkan ramai orang Islam,bangsa melayu. Moga kita berjaya mengawal nafsu. Moga kita diberi kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat..amin..


15 Januari 2010

tiada siapa sudi

nampaknya tiada siapa sudi memberi pandangan di entry lalu.
hmmm blog ni ada pengunjung, tapi kenapanya semua membisu..
ish3..rasa malas sudah menceritakan perihalku disini..tiada respon.
mungkin aku perlu letak gambarku besar-besar baru ada tarikan merespon kot..oh tidak..

10 Januari 2010

aku lemas. boleh tolong beri pandangan?

saya ada seorang kenalan, kami berkawan, tapi sampai sekarang saya tak tahu dia kerja apa.
kami kenal dalam 3 bulan melalui fon. tersilap nombor dan berkawan. dia seorang lelaki.
kami hanya mesej sahaja, tak pernah call.

dia kata, bagitahu kerja itu kemudian. asalkan ikhlas berkawan.
bagi saya, yela mungkin pekerjaan itu boleh menggugat keikhlasan, tapi saya nak tahu juga..dan insyaAllah perkara pekerjaan tak menggugat apa-apa jika benar dia seorang yang ikhlas, dan punyai ciri kawan yang baik.

ingatkan dah masuk 3 bulan, bila tanya kerja apa dia akan jawab, tapi still nak berahsia.
saya lemas kawan dengan orang yang saya tak kenal sepenuhnya, cukupla saya tahu umur,asal,kerja. itu je. bukan minta cerita mengenai diri atau keluarga. oleh sebab saya nak tahu juga, telah menampakkan saya seolah-olah memaksa. dan ini menggugat hubungan kami. tapi saya bukan nak memaksa. saya kira, saya berhak mengetahui pekerjaan dia sebagai seorang kawan. sampai bila harus saya bersabar? dia seorang yang baik tapi kerahsiaan yang tinggi.
saya lemas.
boleh bantu saya beri pandangan?

06 Januari 2010

Blogger jangan syok sebar fitnah-Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 20 Dis : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengingatkan para blogger supaya tidak ghairah menyebarkan maklumat yang boleh memecahbelahkan masyarakat biarpun maklumat tersebut difikirkan benar.

Bercakap sewaktu merasmikan konvensyen blogger di Taman Melewar hari ini, Hadi berkata tidak semua yang benar boleh didedahkan apatah lagi jika yang benar itu boleh membawa kepada mudarat yang besar terhadap masyarakat.

"Tak semua fitnah itu bohong, fitnah ada bohong ada benar, tetapi tidak semua fitnah boleh disebar begitu sahaja walaupun ianya benar, benar tapi jahat.

"Kita perlu meletakkan yang benar pada tempat yang betul," katanya.

Ada sesetengah blogger katanya syok apabila diberikan sesuatu maklumat lalu menyebarkannya tanpa memikirkan kesan negatif tersebut kepada masyarakat.

Ada dikalangan mereka suka mendapat upah untuk menyebarkan maklumat yang bohong.

Lebih penting katanya, para blogger perlu memahami bagaimana islam mengajar kita agar teliti dalam setiap penyebaran maklumat mahupun berita.

Beliau turut memberi contoh bagaimana islam mementingkan empat orang saksi sebelum mengabsahkan sesuatu fitnah, manakala jika tiada empat orang saksi, sebarang fitnah itu tidak dikira sah biarpun ianya benar-benar belaku.

Penulisan dengan menyebarkan maklumat yang baik katanya akan menghasilkan pahala yang berpanjangan, manakala penyebaran berita dengan niat jahat menghasilkan dosa berterusan.

"Jihad paling afdal adalah bercakap benar," katanya lagi.

Beliau turut mengakui bahawa peranan blog cukup penting di kurun ke 21 ini.

Ianya telah dibuktikan dengan kemenangan besar Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 12 lalu.

Suhubungan itu, melibatkan diri dalam aktiviti blog sekarang ini adalah satu kemestian yang perlu dipelajari.

"Wajib mengambil peluang dari perkembangan teknologi ini dan perli di lakukan dengan akhlak," katanya.

Blogger yang disifatkan beliau sebahagian dari dunia media mampu mempertahan mahupun menjatuhkan kerajaan.

(Gambar: ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim lebih dikenali dengan Blogger Cina Islam turut hadir konvensyen blogger hari ini)

"Tulisan blog boleh menjadi senjata tajam jika diguna untuk membela islam, tetapi boleh menjadi racun berbisa merosakkan masyarakat jika disalah guna," katanya.

Para penulis blog juga tegasnya perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar penyebaran sebarang maklumat memberi manfaat kepada semua.

Manakala penganjuran konvensyen blogger PAS ini juga katanya langkah terbaik untuk memastikan bloger mempunyai matlamat jelas dan tahu untuk berperanan secara strategik.

"Oleh kerana kewajipan ini besar, maka adalah lebih baik ianya ditanzimkan (diorganisasikan)", katanya.

Lebih 300 peserta hadir menyertai konvensyen blogger kali ini.

Mereka terdiri daripada blogger ahli PAS dan bloger menyokong perjuangan PAS.

Turut akan membentangkan kertas kerja hari ini adalah Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas zentrum studies dengan tajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.

Manakala Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin akan membentangkan tajuk 'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah'. - Harakahdaily

03 Januari 2010

persoalan menjelang tahun baru

Mencari Keberkatan Masa

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Samada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.

Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperolehi pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Umur setiap kita akan terus bertambah, samada menjelang tahun baru ataupun tidak. Jika tidak bertambah tahun, ia bertambah bulan. Jika tidak bertambah bulan, ia bertambah hari. Jika tidak bertambah hari, ia bertambah jam dan minit dan akan terus meningkat ke hari, bulan dan tahun.

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.

Ya, hari dan waktu akan terus datang dan pergi. Jika jam, matahari dan bulan berhenti, masa tetap berjalan. Tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan hari. Demikian tiada siapa pun yang dapat menahan ia pergi. Samada manusia menunggu untuk menyambut kedatangannya atau tidak mempedulikannya, ia tetap menjelang.

Demikian juga, waktu dan hari akan terus pergi sekalipun kita menyayanginya dan mengharapkan ia terus tunggu. Entah berapa banyak diari yang dicatatkan, entah berapa banyak sanjungan yang diberikan, entah berapa banyak kejian yang dilontarkan, dengan berlalunya waktu, ia menjadi sejarah dan kenangan.

Maka, entah berapa ramai manusia yang dipuji semalamnya, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pula pada hari ini. Berapa ramai mereka yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati.

Demikian juga, entah berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa atau diangkat pada hari ini. Wajah-wajah yang dahulunya comel dan cantik boleh berubah menjadi kusam dan masam. Tempat yang hening dan indah juga boleh bertukar menjadi sungul dan usang. Pemuda yang gagah akan bertukar menjadi orang tua yang mengah. Gadis yang cantek akan bertukar menjadi nenek. Perjalanan waktu dan masa adalah keajaiban ciptaan Tuhan.

Ramai orang lupa bahawa masa itu adalah makhluk Allah. Kita diciptakan dan diletakkan dalam perjalanan makhluk masa ini. Masa itu tiada siapa yang dapat menongkah pusingannya. Ia merubah segala-gala. Dari yang tiada kepada ada. Dari yang ada kepada tiada. Tiada siapa yang mampu menghalangnya melainkan Tuhan yang menciptakannya. Masa mengubah kita. Mengubah anggapan manusia sesama mereka. Ia mengubah perasaan dan rasa. Ia mengubah benci dan cinta. Ia mengubah gembira dan duka.

Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu di sisi Allah. Di sisi Allah, insan yang mulia tetap mulia walaupun manusia menghinanya. Insan yang keji tetap keji, walaupun manusia memberikannya kuasa dan harta. Seorang raja atau sultan yang meraikan harijadi setiap kali menjelang musimnya dengan menganugerahkan darjat dan pangkat kepada orang lain, belum tentu dia sendiri mendapat darjat dan pangkat yang tinggi di sisi Allah.

Mungkin belanja hari jadinya itu akan menjadi beban kepadanya pada hari akhirat kelak; dari mana wang itu datang dan bagaimana ia digunakan?! Seorang miskin di ceruk yang terpencil, mungkin tiada siapa yang mengambil tahu hari lahirnya dan tiada pula anugerah atau hadiah yang diperolehi.

Namun, itu bukan tanda kehinaan buatnya. Bahkan jika dia hamba Allah yang baik, umurnya dan waktunya dilimpahi pahala dan keberkatan. Ya, waktu dan masa akan terus menjelang, mengejar sang raja, juga mengejar si miskin yang tiada apa-apa. Mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian masing-masing. Pabila sampai ke detik penghabisan, kita bertemu Tuhan. Ketika itu yang dinilai adalah hakikat yang sebenar, antara insan yang beruntung dan insan yang rugi.

Untuk itu Allah bersumpah dengan masa dan mengingatkan kita, siapa yang untung dan siapa yang rugi. Firman Allah dalam Surah al-‘Asr: (maksudnya)

“Demi Masa! Sesungguhnya insan itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar”. (Surah al-‘Asr 1-3).

Demikian Tuhan Pencipta masa memutuskan bahawa insan yang hidup dalam sistem masa ini akan kerugian. Apa yang dapat menyelamatkan mereka adalah apabila mereka penuhi ciri-ciri yang disebutkan; iman, amal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

Ertinya, hidup bukan sekadar beriman dan beramal, tetapi hendaklah memperjuangkan tuntutan iman dan amal dengan melakukan peringatan, dakwah, seruan kepada kebenaran dan kesabaran. Kebenaran yang diajar oleh Allah dan rasulNya dan sabar dalam membahterai perjuangan kebenaran itu.

Jika sebahagian pengkaji cuba memahami dan membuktikan apa yang disebut oleh Albert Einstein dan Newton tentang teori relatif masa (relativity of time), Islam pula telah lama memperkatakan tentang keberkatan umur dan waktu. Mereka yang meterialis barangkali tidak dapat berfikir bagaimana mungkin masa seseorang insan dengan seorang yang lain berbeza. Bagaimana mungkin sejam si A lebih panjang daripada sejam si B?. Mereka kehairanan dan pemikiran materialistik memang tidak dapat menerima hal ini.

Dalam Islam ada istilah berkat atau barakah. Al-Quran berulang-ulang menyebut tentang keberkatan. Antaranya firman : (maksudnya)

“Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka keberkatan-keberkatan dari langit dan bumi”. (Surah al-A’raf, 96).

Allah perintahkan Nabi Nuh: (maksudnya)

“Dan berdoalah: Wahai Tuhanku, Turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat”. (Surah al-Mukminun 29).

Kata Nabi Isa: (maksudnya)

“Allah menjadikan aku ini diberkati di mana sahaja aku berada..” (Surah Maryam, 31).

Apakah itu berkat atau barakah dalam bahasa Arab? Asal perkataan barakah ialah bertambah atau berkembang. Juga boleh bermaksud berkekalan. Al-Asfahani (meninggal 425H) menyatakan ia bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam).

Maka barakah adalah penambahan atau kelangsung kebaikan atau kurniaan Allah kepada sesuatu. Jika Allah berkati masa kita bererti berlaku penambahan dan kebaikan. Maka sejam yang diberkati tentu berbeza dengan sejam yang tidak diberkati. Setahun yang diberkati tentu berbeza dengan setahun yang tidak diberkati. Insan-insan yang berkhidmat untuk kemaslahatan manusia, Allah berkati umur mereka. Hasil yang dikeluarkan dan jasa ditaburkan kadang-kala tidak dapat dilakukan oleh orang lain walaupun jika berikan masa yang berganda.

Kita tidak boleh mengubah masa, tetapi kita boleh menjadi masa itu berkat dengan doa dan usaha-usaha yang ikhlas dan baik. Untuk merentasi kehidupan dan belantara masa banyak perkara kita tidak dapat duga. Kita mungkin merancang dengan perancangan yang hebat, tapi siapa yang dapat menjamin ia akan terjadi seperti yang dirancangkan.

Berapa banyak rancangan buruk orang kepada kita, Allah tukar ia menjadi keuntungan dan kebaikan. Betapa banyak rancangan yang hebat, Allah tukar ia menjadi kerdil.

Dunia ini bukan kita sahaja yang hidup. Berbagai rupa dugaan dan kerenah manusia yang lain. Saya yang dhaif ini sejak sekian lamanya amat tersentuh dengan doa Nabi s.a.w

“Ya Haiyyum, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani).

Telah saya kongsi ia dengan pembaca dulu. Doa ini sering menjadi teman di sepanjang waktu. Di setiap kesempatan yang mulia, saya lafazkannya. Saya kira saudara pembaca juga demikian. Menjelang tahu baru, moga Allah memberkati umur kita dan membantu segala urusan kita. Kita tidak boleh menongkah masa. Kita tidak boleh menghalang putaran masa. Kita tidak boleh menghentikan masa. Kita tidak boleh keluar dari sistem masa. Kita tidak boleh mengembalikan masa. Namun kita boleh memohon kepada Allah agar masa kita diberkati.

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
http://drmaza.com/home/?p=910

01 Januari 2010

apa yang kita miliki

apa yang kita miliki adalah semuanya pemberian dari Allah.
adakah kita bersyukur?
sesungguhnya kesyukuran yang paling tinggi adalah ketaatan kepada Allah subhanallah wa ta'ala.
kejarlah dunia dan kejarlah akhirat.
itulah kejayaan yang dicari.
keazaman.
kesungguhan.
Allah sentiasa bersama.
Kita sahaja yang terlupa.

cari

cari

Reminder for me and you

Reminder for me and you

ayuh para mujahid dan mujahidah!

ayuh para mujahid dan mujahidah!