05 Januari 2010
21 Disember 2009
Blog tidak akan mati, Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah.
| Konvensyen Pertama Blogger PAS 2009 | | | |
| Ditulis oleh JITM | |||||
| SUNDAY, 20 DECEMBER 2009 12:23 | |||||
| Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah membentangkan kertas kerja pertama "'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies". Beliau yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia menegaskan bahawa pengaruh blog terhadap masyarakat tidak akan sekali-kali mati walaupun akan mengalami penurunan kerana penggunaan video klip online yang semakin mendapat tempat di laman-laman internet. Namun, blog tetap akan membantu komunikasi masyarakat untuk membentuk kepercayaan politik seterusnya memilih kerajaan yang diingini. Untuk pengetahuan, Malaysia mempunyai hampir 500 ribu blog dengan hampir 6 juta pengguna rangkaian Facebook dan Twitter, Myspace, dan Friendster. PRU 12 2008 yang lalu telah menyaksikan bagaimana potensi blog sebagai jentera pemacu kepercayaan dan pengaruh politik baru di Malaysia dengan kemenangan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri dan menggagalkan 2/3 kuasa BN. Beliau juga menyarankan supaya PAS harus bijak memanfaatkan membuat strategi komunikasi untuk memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya yang akan datang. Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin pula akan membentangkan kertas kerja kedua bertajuk 'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah'. Konvensyen ini dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Turut hadir sama di konvensyen tersebut ialah ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim lebih dikenali dengan Blogger Cina Islam. dari http://pas.org.my
dari http://www.harakahdaily.net |
15 Disember 2009
Program Anak Soleh (ProMAS) 2
Nisa' Educare Centre Perlis akan mengadakan
Program Anak Soleh (ProMAS) 2,
Pada 17,18 dan 19 dis 2009 .
Bertempat di Semarak Resort Sg Batu Pahat, Perlis.
Penyertaan terbuka kepada pelajar 7-13 tahun.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut sila hubungi:
Nisa' Educare Centre = 049760377, 0197104147, 0134060093
DAFTAR SEKARANG hanya RM 65 seorang termasuk Bahan Program, makan dan Sijil !!!
"Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara; ilmu yang manfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh....-HR : Al-Bukhari dan Muslim.
Program 2
SIMPOSIUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA
TARIKH
23 - 24 Disember 2009 / 06 – 07 Muharam 1431H
matlumat lanjut dan tentatif [klik sini]
p/s: hebah-hebahkan ye.. jika anda mempunyai info aktiviti untuk dikongsikan di blog ni, sila email saya gurindamrasa@gmail.com atau di chatbox.
juruhebah tak bergaji,
fatimah on~ http://gurindamrasa.blogspot.com
cari
Reminder for me and you
ayuh para mujahid dan mujahidah!



Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.
Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet.