Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Azam dan konsep SMART
salam..
azam tahu baru
bukan sekadar nombor
hanya dicakap tapi tak bertindak
itulah ucapan yang saya dengar di radio ikim.fm dalam slot motivasi pagi jam 7.30pagi
suka dengar motivasi di ikim.fm, hampir setiap hari saya mendengarnya.
panduan formula mencapai matlamat>(klik sini)
rancang matlamat dengan konsep "SMART"
cuma di upgrade r- reinforce, bagitahu orang supaya dapat memaksa diri bertindak
dan juga setiap matlamat tidak diletakkan perkataan tapi dihujungnya kerana itu adalah alasan untuk tidak bertindak..contoh aku nak berjaya tapi..dot dot dot.. begitulah, boleh faham kan?
SMART
s- spesifik
m-measurable
a- achievable
r- realistic dan reinforce (war-warkan impian anda pada semua orang agar dapat memaksa diri bertindak)
t- time frame
boleh lihat penerangan lengkap di> (klik sini)
Azam diriku
mari bina azam baru,
azam baru saya
1) Solat di awal waktu
kenapa memilih azam itu?tidak saya nafikan, saya bukanlah sempurna dari sifat cacat cela.paling sikit pun mesti ada dalam 1 hari tak solat di awal waktu.
pada pandangan saya, solat yang sempurna itu dapat menjaga diri kita, jadi ini harapan saya untuk menjaga diri saya ke arah yang lebih baik,insyaallah. tambahan pula itu memang tuntutan.jadi berazam untuk laksanakan dan istiqamah.2) Menyiapkan projek kajian sayatarikh hantar: march 2011, pembentangan: april 2011doakan saya.3) Mempelajari 1 subjek yang akan saya ambil peperiksaan pada april 2011 nanti insyaallah.Cuba beri yang terbaik. doakan.
itulah 3 matlamat yang utama yang saya sangat-sangat ingin mencapainya.
semestinya ada lagi, cukup saya bagitahu 3 yang terbesar ini dulu.
Doa kebergantungan pada yang Esa
doa senjata orang mukmin.
banyakkan berdoa
kerana
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan yang baik.” (Riwayat Tirmizi)
Yakin pada Allah bukan mengharap terkabul segala harapan...yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada ketentuanNya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ air mata yang menitis terasa buat menyiram api neraka...indahnya tarbiah Allah, tersirat rahmat & hikmah..diuji kita sebagai tanda sayangNya..bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya...begitulah rupanya berkasih dengan Allah... takkan dibiarkn terlena dalam kenikmatan yang melimpah tapi dilindungi dengan ujian dan cobaan yang tak berkesudahan...panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah kepada hambaNya...Allah maha tahu apa yang terbaik bagi hambaNya...
kata-kata di atas ni adalah perkongsian dari seorang sahabat.
sedikit penambahan dari saya,
setiap kali diuji, menjadikan diri lebih kuat, lebih maju ke hadapan, kerana ujian mendewasakan diri.
maka setiap kali diuji, bersyukur dan berfikir positif, kaji disebalik ujian apa hikmahnya, dan berdoa mohon ksabaran,kekuatan, dinampakkan hikmah dan jalan penyelesaian. ambil pelajaran dari ujian. sebab tu ada pepatah mengatakan pengajaran tidak harus dilupakan tetapi harus dikenang walau pahit untuk tidak melakukan kesilapan yang berulang kali.
Video Pembakar Semangat
saya kongsikan 1 video
moga memberi inspirasi buat saya dan anda
Selamat menggerakkan azam tahun baru 2011!!!
p/s: saya baru mendaftarkan diri di murabbi.net :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan