Bismillah..
Assalamualaikum wbt.
Aku terpanggil mencoret sebuah catatan di blog gurindam ini.
Betapa aku melihat keadaan sekeliling begitu mencengkam
menghilangkan, menjauhkan, menghindarkan, menyekatkan.
ya begitu mencengkam..
dimanakah jati diri seorang muslim itu?
tulisan jawi.
pernahkah anda dengar apa itu tulisan jawi?
pernahkah anda kenal apa itu tulisan jawi?
pernahkah anda pelajarinya?
TULISAN JAWI...
ada apa dengan tulisan ini?
kenapa tulisan ini pada zaman nenek moyang kita dulu begitu ditekankan
kenapa sekarang sudah longgar penggunaannya
Tulisan jawi ini berasal dari bahasa arab. huruf arab.
Dimana bahasa arab adalah bahasa al-Quran.
Kenapa Allah memilih bahasa Arab tidak pada bahasa lain??
Bahasa Arab sudah tentu mempunyai keistimewaan tersendiri.
Bahasa yang mudah dipelajari dan digunakan sepanjang zaman.
Dengan kelonggaran, kelompangan, dan ketidak tegasan terhadap pelajaran bahasa jawi
menyebabkan tulisan jawi dimansuhkan pelajarannya di sekolah
Ummah zaman sekarang kebanyakkan buta jawi..
bila buta tulisan jawi, sukar membaca al-Quran
yang paling membimbangkan, buta identiti Islam.
kerana dengan tulisan jawi ini dapat
memupuk semangat cintakan bahasa arab,
cintakan bahasa al-Quran
cintakan jati diri seorang muslim
tidak akan mudah terikut dengan gaya hidup yang tidak berlandaskan Islam.
Nah, apa sudah jadi dengan ummat sekarang?
Dengan lambakan hiburan dan fesyen yang tidak berlandaskan Islam
Ummah mudah terpengaruh..
Pakaian tidak menutup aurat sepenuhnya..
Hati di isi dengan hiburan yang melalaikan..
Fikiran dipengaruhi budaya bukan Islam
Buku-buku yang dibaca tidak membentuk jati diri muslim..
Menyebabkan hanyut dipengaruhi..
Gejala sosial semakin tinggi
Buang anak tidak terkira lagi
Fikiran yang dijajah itu lebih teruk dari negara yang dijajah.
"Tulisan jawi??"
"Sekarang tulisan rumi la.."
"bukan zaman dulu dah..nak jawi-jawi ni.."
Semakin anda pandang remeh
Semakin jauh identiti anda dengan Islam!
Pelajari dan selami huruf-huruf jawi
Anda mudah pelajari al-Quran
Dengan membaca al-Quran itu adalah penawar bagi hati!
Bagaimana hati boleh rosak bernanah?
Tidak tahu membaca al-Quran.
Anda jauh dengan al-Quran.
Sedarlah ummah!
Kita sedang dijajah pemikiran!
Rakyat palestin berjuang melawan penjajah negara, Yahudi Laknatullah.
Kita di Malaysia pula mengikut penjajah..
Melalui sistem pemerintahan demokrasi
Melalui sistem tulisan jawi yang dimansuhkan
Melalui penggunaan rasmi kalendar barat, bukan pada kalendar Islam
Melalui media massa yang selalu mensogokkan cara hidup bukan Islam
Yang kesemuanya jelas menggambarkan sekular
Pengamalan hukum Islam hanya separuh-separuh, bukan menyeluruh.
Semua ini yang dapat menjauhkan jati diri dengan Islam
Sedikit demi sedikit ummat Islam kehilangan jati diri muslim yang sebenarnya
Jati diri muslim yang asli, tiada pencampuran ideologi bukan Islam.
Jangan sampai berulang sejarah luka dimana lahirnya pemimpin seperti Mustafa Kamal Ataturk
Seorang muslim, tapi pengkhianat kepada Islam
Yang memansuhkan sistem khilafah iaitu
sistem pemerintahan Islam berdasarkan acuan nabi Muhammad SAW,
khalifah dihalau keluar,
memansuhkan tulisan jawi dan menukar kepada tulisan rasmi rumi,
menukar azan kepada bahasa turki, menghapuskan kuasa sultan,
melarang wanita memakai tudung dan macam-macam lagi.
Mana jati diri dia sebagai muslim..tiada..hanya mengagungkan sistem barat.
Bangkitlah duhai ummah!
Perkemaskan diri!
Agar tegar diuji!
Gagah pendirianmu dengan Islam!
Tidak layu walau dihidangkan pelbagai pengaruh bukan Islam!
Kembalikan kegemilangan tulisan jawi!
Pelajarinya!
Warisikannya kepada anak-anakmu!
Moga dengannya dapat menjadi pembenteng dirimu dan generasi akan datang!
Takbir 3x!!!
Dicatat pada;
19 Ramadhan 1432 Hijrah.
P/S-Anda digalakkan sebarkan artikel ini, jangan lupa link kan/kredit kepada blog ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan