19 Ogos 2011

Hilangnya jati diri seorang muslim



Bismillah..
Assalamualaikum wbt.

Aku terpanggil mencoret sebuah catatan di blog gurindam ini.
Betapa aku melihat keadaan sekeliling begitu mencengkam
menghilangkan, menjauhkan, menghindarkan, menyekatkan.
ya begitu mencengkam..
dimanakah jati diri seorang muslim itu?
tulisan jawi.
pernahkah anda dengar apa itu tulisan jawi?
pernahkah anda kenal apa itu tulisan jawi?
pernahkah anda pelajarinya?
TULISAN JAWI...
ada apa dengan tulisan ini?
kenapa tulisan ini pada zaman nenek moyang kita dulu begitu ditekankan
kenapa sekarang sudah longgar penggunaannya

Tulisan jawi ini berasal dari bahasa arab. huruf arab.
Dimana bahasa arab adalah bahasa al-Quran.
Kenapa Allah memilih bahasa Arab tidak pada bahasa lain??
Bahasa Arab sudah tentu mempunyai keistimewaan tersendiri.
Bahasa yang mudah dipelajari dan digunakan sepanjang zaman.

Dengan kelonggaran, kelompangan, dan ketidak tegasan terhadap pelajaran bahasa jawi
menyebabkan tulisan jawi dimansuhkan pelajarannya di sekolah
Ummah zaman sekarang kebanyakkan buta jawi..
bila buta tulisan jawi, sukar membaca al-Quran
yang paling membimbangkan, buta identiti Islam.
kerana dengan tulisan jawi ini dapat
memupuk semangat cintakan bahasa arab,
cintakan bahasa al-Quran
cintakan jati diri seorang muslim
tidak akan mudah terikut dengan gaya hidup yang tidak berlandaskan Islam.

Nah, apa sudah jadi dengan ummat sekarang?
Dengan lambakan hiburan dan fesyen yang tidak berlandaskan Islam
Ummah mudah terpengaruh..
Pakaian tidak menutup aurat sepenuhnya..
Hati di isi dengan hiburan yang melalaikan..
Fikiran dipengaruhi budaya bukan Islam
Buku-buku yang dibaca tidak membentuk jati diri muslim..
Menyebabkan hanyut dipengaruhi..
Gejala sosial semakin tinggi
Buang anak tidak terkira lagi
Fikiran yang dijajah itu lebih teruk dari negara yang dijajah.

"Tulisan jawi??"
"Sekarang tulisan rumi la.."
"bukan zaman dulu dah..nak jawi-jawi ni.."

Semakin anda pandang remeh
Semakin jauh identiti anda dengan Islam!

Pelajari dan selami huruf-huruf jawi
Anda mudah pelajari al-Quran
Dengan membaca al-Quran itu adalah penawar bagi hati!

Bagaimana hati boleh rosak bernanah?
Tidak tahu membaca al-Quran.
Anda jauh dengan al-Quran.

Sedarlah ummah!
Kita sedang dijajah pemikiran!
Rakyat palestin berjuang melawan penjajah negara, Yahudi Laknatullah.
Kita di Malaysia pula mengikut penjajah..
Melalui sistem pemerintahan demokrasi
Melalui sistem tulisan jawi yang dimansuhkan
Melalui penggunaan rasmi kalendar barat, bukan pada kalendar Islam
Melalui media massa yang selalu mensogokkan cara hidup bukan Islam
Yang kesemuanya jelas menggambarkan sekular
Pengamalan hukum Islam hanya separuh-separuh, bukan menyeluruh.
Semua ini yang dapat menjauhkan jati diri dengan Islam
Sedikit demi sedikit ummat Islam kehilangan jati diri muslim yang sebenarnya
Jati diri muslim yang asli, tiada pencampuran ideologi bukan Islam.
Jangan sampai berulang sejarah luka dimana lahirnya pemimpin seperti Mustafa Kamal Ataturk
Seorang muslim, tapi pengkhianat kepada Islam
Yang memansuhkan sistem khilafah iaitu
sistem pemerintahan Islam berdasarkan acuan nabi Muhammad SAW,
khalifah dihalau keluar,
memansuhkan tulisan jawi dan menukar kepada tulisan rasmi rumi,
menukar azan kepada bahasa turki, menghapuskan kuasa sultan,
melarang wanita memakai tudung dan macam-macam lagi.
Mana jati diri dia sebagai muslim..tiada..hanya mengagungkan sistem barat.

Bangkitlah duhai ummah!
Perkemaskan diri!
Agar tegar diuji!
Gagah pendirianmu dengan Islam!
Tidak layu walau dihidangkan pelbagai pengaruh bukan Islam!

Kembalikan kegemilangan tulisan jawi!
Pelajarinya!
Warisikannya kepada anak-anakmu!
Moga dengannya dapat menjadi pembenteng dirimu dan generasi akan datang!

Takbir 3x!!!

Dicatat pada;
19 Ramadhan 1432 Hijrah.
P/S-Anda digalakkan sebarkan artikel ini, jangan lupa link kan/kredit kepada blog ini.

14 Mei 2011

ada banyak kisah

salam,
............
kisah chatbox-
chatbox tu ada hackers.. maybe menggunakan link shoutmix.com tuk cari link chatbox blogger2.
apakata dihilangkan chatbox tu buat sementara. hehe

kisah kehidupanku-
banyak nak cerita tapi napa malas nak tulis???
minat menulis datang dan pergi je.. huhu..

blog ni dah sunyi, betul-betul sunyi..
tuan dia pun mode silent je...
maaf pada sesiapa yang datang setiap bulan nak baca update post dari saya.
mode sedih dan risau sekarang,
doakan moga saya baik2 je, dan dipermudahkan urusan.
semoga anda pun begitu juga.
terima kasih.


18 April 2011

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrohim. setelah lama saya tidak membuka blog ini tidak disangka kenapa begitu ramai pengunjung meninggalkan mesej di chatbox secara tiba-tiba? chatbox tu rosak ke? ada penggodam ke? macam-macam soalan seumpamanya bermain di fikiran, bukan apa, blog ni dah lama sunyi, last massage in the chatbox was from adi widget, pastu tiada siapa yang meninggalkan jejak sekian lama. cuma saya terkilan, ada link yang tak sepatutnya dikongsikan. saya tidak teragak-agak untuk memadamkan chatbox itu kerana kehadirannya tidak memberikan manfaat. saya tidak mahu chatbox itu dicemari link yang tidak berfaedah, this is the last and i dont want to see it again after this. if so, then i will delete my chatbox. jadi link dah ada itu, harap boleh dinilai dengan baik, jika tidak elok, tidak perlu klik linknya. saya tidak berniat nak memberikan sebarang post atau perkongsian, hanya datang menjenguk seketika, post ni pun sebab terkejut. anda baca blog saya? respon to me by say salam to me at the comment space.. nak tengok betul ke blog ni ada ramai pengunjung atau chatbox tu yang rosak.. ????????????? :)

07 Januari 2011

kita sama

melihat sahabat yang sudah konvo
terdetik di hati
"kita sama rendah sama tinggi, insyaallah"
kita sama diterima masuk diploma
menandakan kita sama potensi
kini kau sudah mendapat diplomamu
kini kau sedang mengambil ijazahmu
masakan aku masih lagi mengambil diploma
keterlewatan aku menghabiskannya
sabarlah..kita sama!
moga tercapai hasrat mengenggam diplomaku.amin..

-cetusan motivasi diri-
bilik, 1.07pagi.
7/1/2011

cari

cari

Reminder for me and you

Reminder for me and you

ayuh para mujahid dan mujahidah!

ayuh para mujahid dan mujahidah!