30 Januari 2009
hidup di perantauan
hari2 makan luar..
huhu botak la kepala..
ajinamoto kat kedai tahu2 la..
banyak letak bab tu sedappp je..
apepun seminggu ini
mendewasakan aku..
hidup mesti nak cari pengalaman
pengalaman yg mendewasakan kita
semoga semua yg dirancang dan amanah yg dipegang berjalan lancar..
usaha dan tawakkal serentak
amiin ya rabbal a'lamin..
28 Januari 2009
tolong macam mane nak jadi rajinnnnnn???
tolong la hamba yg hina dina ni ....
fatimah on~http://gurindamrasa.blogspot.com
26 Januari 2009
alhamdulillah
tunggu respon je dari yg sudi. lau xde respon pun aku redha,
laman ini hanya memberi kpuasan pada diri,macam diari..aku jenis x menulis diari,
x boleh nak kosisten, tapi rase kt intenet ni,insyaAllah boleh kosisten.
smile always, always think positive and think the risk of any action that we take.
yg dah berlalu amik pengajaran
and now
look foward! :)
fatimah on~http://gurindamrasa.blogspot.com
1 lagi penyakit payah ku nak hindarkan
camne ye nak disiplin kan dri..???????????????
sambil aku luahkan isi hati,aku pun terdorong nak mencari kt intenet ni
skiranye korang ade ape2 pandangan slain yg dibawah boleh la klik ruang "ulasan"
ni amik dari website ; http://successreference.com/how+do+i+get+there/cara+mendisiplinkan+diri.mtsrw?page=6
Cara Mendisiplinkan Diri
Salam Super Pak Mario,Saya mempunyai permasalahan sulit untuk mendisiplinkan diri, menepati janji kepada diri sendiri. Ketika saya mempunyai tekad atau berupaya untuk disiplin dengan apa yang sudah saya rencanakan tapi dalam pelaksanaannya saya selalu mentoleransi atau menunda meskipun saya mencoba memberikan punishment ketika hal itu terjadi tapi belum efektif. Bagaimana untuk mengatasinya ? selain itu yang ingin saya tanyakan bagaimana untuk memelihara motivasi agar apa yang dicita-citakan tercapai.
Terima kasih
Mirna, Bogor
Mario Teguh menjawab:
Saudari Mirna yang baik, terima kasih atas pertanyaan Anda.
Jadikanlah diri Anda pemimpin yang lebih tegas terhadap dirinya sendiri.
Di dalam kesendirian kita, sebetulnya kita sudah mengetahui yang seharusnya kita lakukan; tetapi kita juga mengetahui bahwa kita sering tidak mampu mencegah diri kita sendiri dari melakukan yang tidak seharusnya kita lakukan. Ketahuilah bahwa kita tidak mungkin mencapai kefektifan tertinggi kita, bila kita sendiri tidak mengetahui mengapa kita melakukan yang harus kita lakukan dan, mengapa hal itu menjadi keharusan.
Untuk itu; Jadilah pribadi yang lebih lurus.
Sebuah anak panah disebut anak panah, karena ia lurus. Bila tidak, maka ia hanya disebut sebagai sebuah batang bengkok yang menyerupai anak panah.
Lalu, dia yang jalan-nya lurus, akan lebih cepat sampai. Sehingga dia, yang pribadinya menjanjikan perjalanan yang terpendek, akan dimuliakan dan dikedepankan sebagai penunjuk jalan.
Tetapi kemudian, bila yang telah dikedepankan itu ternyata menjadi lebih tertarik kepada jalan-jalan yang tidak lurus; dia akan ditarik-hentak ke belakang, bahkan lebih jauh di belakang orang-orang yang tidak tahu arah perjalanannya, bersama mereka yang hanya merasa sudah sampai.
Mulailah sekarang, periksalah sikap Anda dan jelaskan mengenai kemajuan yang Anda inginkan.
Begitu dulu ya, Saudari Mirna. Terima kasih.
Salam Super,
Mario Teguh
................................................................................................................................................
other website ; http://gemilangkedah.tripod.com/laman2.htm
1.tetapkan matlamat realistik
2.Fokus terhadap cara pencapaian matlamat anda.
3.Tulis matlamat anda dan jika boleh, lekatkannya di tempat yang sesuai.
4.Ambil langkah-langkah untuk mencapai matlamat anda.
5.Anda boleh "enjoy" sedikit tetapi jangan biarkannya membantut pencapaian matlamat anda.
6.Kaji perkembangan pencapaian matlamat dan hapuskan sebarang kelemahan yang wujud.
7.Jadikan moto "Saya Boleh" sebagai prinsip hidup anda.
moge di beri kekuatan..amiin..
fatimah on~http://gurindamrasa.blogspot.com
25 Januari 2009
Diriku masih begini
Diriku masih begini
Diriku masih begini..
sudah lama dalam kealpaan
meniti dari kejatuhan setahun pertengahan
sungguh ianya sakit dalam helah kelalaian
diriku masih begini..
bila tiba di hujung penentuan
di kala penentuan musim empat bulan
diriku terpaksa menelan musibah
jiwa usah dikata
haru biru porak poranda
sudahnya tiada apa dapat kubuat
hanya dapat memujuk menampilkan riak tenang
diriku masih begini..
dipermulaan musim berganti
menanam azam yang kuharap sekian lama
semangat membara bisa membakar
maraknya semakin hilang tanpa usaha
jejak langkah tiada istiqomah
ditinggalkan tidak berjaga
diriku masih begini..
bukan kulupa
kuberdoa tiada terkira
tapi..
aku takut dalam lengah
aku ingat dalam abai
kian menjauh dari matlamat
diriku masih begini..
dimana azam yang kutagih
dimana usaha bukti azamku
dimana..
kini..
penghujung sudah tiba
aku kuatkan diri
cekalku bukan lagi seperti dulu
aku lemah sengsara
tiada daya tiada apa
dulu..
tidak kufikir begini takdirku
aku tidak menyalahkan takdir
kerana diriku adalah milikNYA
semua yang ada pada diriku adalah milikNYA
kini kusedar nikmat yang diberiNYA telah pergi
pergi dari pinjaman yang diberi olehNYA
tiba tahap diriku perlu gigih berusaha dari awal
aku redha diriku bukan seperti dulu
seorang yang mudah menangkap ilmu
tak kira bila
menjadi kebiasaan kubiarkan digunakan diakhir waktu
diriku masih begini..
tiada apa berubah
masih mengharap belas kasihanNYA semata
aku malu aku segan
sungguh aku orang yang lalai
aku hina aku tidak sayangkan diriku
apakan pula menharap diri dikasihiNYA
aku kufur nikmat yang telah diberikanNYA
nikmat yang tidak kugunakan sebaiknya
waktu yang sempit begini
tiada tawakal tanpa usaha
tiada apa yang tinggal lagi
cukuplah Allah bagiku
dalam mengharap rahmatMU sentiasa disisiku
diriku masih begini..
seperti musim yang lalu
dipenghujung musim
hatiku bertambah pecah
kerana aku mendapati
diriku
masih lagi begini
dipenghujung musim
aku masih tetap berharap
tidaklah lagi aku masih begini
masalah yg memang berat
tapi yg peliknye perasaan malas untuk study amat lah membelenggu diriku, aku penuh semangat tapi aku tak reti merealisasikan semangat aku ke arah yg tepat iaitu untuk study, aku rajin bace buku lain dari baca buku study ku,,uh ape nak jadi.. aku rase aku kene buat jadual study agar aku jadi pandai nak bahagikan mase aku dengan lebih berfaedah, dapat bace buku study dalam mase yg sama dapat baca buku kitab agama dan majalah agama. kalau tidak..bace kitab je la..ngantuk tido..x buat ulangkaji pun nanti..bahaye..
satu lagi,
aku mengharapkan kesudian anda semua untuk berkongsi cara2 kita hendak mengingat nota2 kita dengan cepat dan berkesan..x mudah lupa apa yg dihafal,itu yg dikata berkesan.. terlalu banyak nota2ku dan semua dituntut untuk menghafal..memang bidangku ini bidang menghafal..jadi sape2 yg ade petua,sampai2kanlah padaku :( ..
lecturer ku penah bagi tips care dia menghafal, iaitu sambil berdiri dan berjalan, sebut kuat2 perkara yg nak hafal tu.. hmm macam x berkesan pada aku, tapi sebut kuat2 tu agak menjadi..aku sebut sambil duduk.. ade sorang lagi lecturer,katanya kita kene faham dulu perkara tu baru mudah nak menghafal,ini memang x dpt dinafikan..
cara lain?? jike ade kongsi2la dgn saye..
tak kenal maka tak kenal la kita..
assalamualaikum..pembuka bicara..
aku ni pendiam,
adekala agak ramah bergantung pade orang yg aku dok berbual tu,
tp bl dh kenal dan skepala dgn aku
aku jd org yg byk ckp..
aku tak suke ngadu masalah aku kt sapa2,
paling dekat pun aku suke bkongsi dengan ibu kesayangan,
sebab bile habis skola, aku ade jumpe ramai teman
tapi belum ade yg sesuai..ade sorang je kot yg ku kire bolehla..
kami dalam meyelami hati budi masing2 dalam membina ukhwah sejati
tapi apepun aku sabar menanti kehadiran2 sahabat2 yg sejati
agar hidupku tak sunyi seperti 2 tahun ini..
penantian dengan kesabaran..
mungkin diriku yg bermasalah,,jadi insyaAllah
aku harus mengambil langkah pembaik pulih
agar orang sekeliling mudah mendekati dan merapatkan diri padaku
banyak yg ku belajar dari kesilapan lalu
rahsia bersahabat..
IKHLAS, x mharapkan ape2.. jgn hrp bila kita baik pada dia,dia akan balas budi kita?, bila kita jadi pendengar yg baik,kita mengharapkan dia juga jadi pendengar yg baik? INGAT JANGAN HARAP KAN APA2..kerna itu akan menggugat ukhwah persahabatan dan akan menyebabkan kita tak senang dgn sahabat kita,inikah yg dikatakan ikhlas? belum cukup lagi..ikhlas kan betul2 diri kita.barulah kita berlapang dada dlm setiap perkara. dan terima seadanya dia.
moga kita dapat jadi sahabat yg ikhlas..insyaAllah :)