Diriku masih begini
Diriku masih begini..
sudah lama dalam kealpaan
meniti dari kejatuhan setahun pertengahan
sungguh ianya sakit dalam helah kelalaian
diriku masih begini..
bila tiba di hujung penentuan
di kala penentuan musim empat bulan
diriku terpaksa menelan musibah
jiwa usah dikata
haru biru porak poranda
sudahnya tiada apa dapat kubuat
hanya dapat memujuk menampilkan riak tenang
diriku masih begini..
dipermulaan musim berganti
menanam azam yang kuharap sekian lama
semangat membara bisa membakar
maraknya semakin hilang tanpa usaha
jejak langkah tiada istiqomah
ditinggalkan tidak berjaga
diriku masih begini..
bukan kulupa
kuberdoa tiada terkira
tapi..
aku takut dalam lengah
aku ingat dalam abai
kian menjauh dari matlamat
diriku masih begini..
dimana azam yang kutagih
dimana usaha bukti azamku
dimana..
kini..
penghujung sudah tiba
aku kuatkan diri
cekalku bukan lagi seperti dulu
aku lemah sengsara
tiada daya tiada apa
dulu..
tidak kufikir begini takdirku
aku tidak menyalahkan takdir
kerana diriku adalah milikNYA
semua yang ada pada diriku adalah milikNYA
kini kusedar nikmat yang diberiNYA telah pergi
pergi dari pinjaman yang diberi olehNYA
tiba tahap diriku perlu gigih berusaha dari awal
aku redha diriku bukan seperti dulu
seorang yang mudah menangkap ilmu
tak kira bila
menjadi kebiasaan kubiarkan digunakan diakhir waktu
diriku masih begini..
tiada apa berubah
masih mengharap belas kasihanNYA semata
aku malu aku segan
sungguh aku orang yang lalai
aku hina aku tidak sayangkan diriku
apakan pula menharap diri dikasihiNYA
aku kufur nikmat yang telah diberikanNYA
nikmat yang tidak kugunakan sebaiknya
waktu yang sempit begini
tiada tawakal tanpa usaha
tiada apa yang tinggal lagi
cukuplah Allah bagiku
dalam mengharap rahmatMU sentiasa disisiku
diriku masih begini..
seperti musim yang lalu
dipenghujung musim
hatiku bertambah pecah
kerana aku mendapati
diriku
masih lagi begini
dipenghujung musim
aku masih tetap berharap
tidaklah lagi aku masih begini
3 ulasan:
saje jenguk blog ni...
tingkatkan usaha
selamat datang kedaijamu..
moge bjaya mhasilkan jamu :)
Salam Ziarah :)
Catat Ulasan