24 Januari 2010

sedikit ulasan-kepelbagaian agama dalam mencari kebenaran yang satu



saya telah memberi ulasan di entry saudara hami yang bertajuk kita dan al-Quran.
ok mari kita go through dulu entry tu, klik sini.
anda boleh baca ulasan saya di ulasan entry tu atau boleh je baca di sini.

ulasan:
melalui pemerhatian..alhamdulillah rakyat malaysia cukup subur dalam mengaji al-Quran. kita masih melihat anak-anak kecil dihantar untuk mengaji al-Quran. tetapi ketahuilah 1 fakta, yang rakyat malaysia cukup kontang dalam mengkaji al-Quran.

kebiasaan mengaji dari anak kecil sampai peringkat tua,dah umur 55 tahun masih belajar mengaji lagi?..pemahaman al-Quran masih kurang atau tidak memahami isinya. pemahaman isi al-Quran ini tidak dititik beratkan sepertimana mengaji.

maka tidak hairanlah kita masih di takuk lama. sedangkan muallaf di luar negara tidak tahu mengaji,tetapi memahami (mengkaji) maka mereka hebat dari segi dakwah di sana,sehingga 20 ribu orang kafir memeluk islam setiap tahun di sana. tapi dakwah di malaysia? makin banyak murtad ada. kita jauh dengan al-QUran,kita jauh memahami dalam memahami al-Quran. sedangkan itulah buku manual panduan hidup kita. kita masih terlalu sikit ATAU ZERO berdakwah dengan non-muslim.. hanya bercakap tentang islam dengan sesama muslim je..

muhasabah bersama..

mengaji dan mengkaji seimbang.

kita pertingkatkan ilmu untuk berdakwah dengan non-muslim,kita perlu mengkaji agama mereka untuk mudah kita kaitkan kelemahan agama mereka dan kebenaran dan kehebatan Islam. tidak dapat tidak,kita pun perlu mengkaji perbezaan agama ini untuk kita merasakan sendiri keistimewaan islam. justeru,menidakkan Islam itu hanya agama warisan keturunan dan Islam hanya atas nama.tetapi membenarkan kita pilih Islam,bukan kerana agama warisan tetapi PILIHAN HATI kita. dan menjadikan kita hamba Allah yang sebenar-benarnya memahami tuntutan Islam.

..ayat di atas,ayat yang dicedok selepas mendengar ceramah "al-Quran dekat di hati,melahirkan generasi cemerlang dengan formula I.S.L.A.M."..harap maklum.

saya menyimpan niat untuk mengkaji agama2 yang ada di sekeliling kita.di sekolah tak di ajar ilmu pengkajian agama ni.maka kena belajar sendiri dan ibu bapa perlu mengajarkan pada anak-anak.
bagaimana dengan anda?

pengalaman saya berchatting dengan seorang christian,yang menyoal..kamu dah kaji ke Islam? kamu hanya warisi dari ibu bapa kamu. kamu dah kaji christian? mana satu yg benar dan apa hujah kamu?

maka bersediakah kita? jika iman tak kuat, ilmu agama kurang, mudah je cristian memesongkan akidah kita.sesetengah negara termasuk malaysia,kristian aktif menyebarkan dakyah mereka. maka meningkatnya kes murtad di malaysia.

okey itu je.
sorry hami,panjang2 macam entry dah.lau tulis entry macam ni di blog saya yang tak famous tu kurang la orang membacanya. jadi saya ambil kesempatan berkongsi di sini. hidup perlu pandai mengambil peluang. tak gitu? :)

oh ye, lupa bagi cara.
satu pendekatan yg boleh kita guna adalah dengan memberi buku-buku pendedahan Islam atau tafsir al-Quran kepada non-muslim.
yela nak terangkan kita pun tak pandai mana. dengan buku tu boleh la dia baca sendiri.
penyanyi terkenal cat stevens, skang dikenali yusuf islam, masuk islam setelah menerima hadiah buku "the amazing of Quran".
golongan saintis yang hebat dan anti-agama(aethes) banyak masuk Islam setelah mengkaji kebenaran dalam al-Quran..dan banyak lagi nama-nama muallaf yang terkemuka.
saya nak cerita lagi,mungkin next entry di blog saya insyaAllah. perlu pada perincian. so tak leh nak direct citer skang.

ok rumusan,dakwah non-muslim perlu ada pendekatan berhikmah. eratkan hubungan dahulu dengan mereka dan beri hadiah buku. semua ni perlu kepada ilmu. ilmu dan ilmu. mari sentiasa update diri.

ok itu je ulasan yang dapat kucoretkan. apakah pula ulasan anda, jika ada?

2 ulasan:

Surau Al-Ghafur berkata...

salam.
ana pun dh baca entry dlm blog sdr Hami..dan juga blog enta/enti..

Ana dapat beza lihat antara Islam baka dan Islam yg bukan baka..(sori,xdpt nk pikir mksud yg sesuai skrg ni..huhu).

Kbnykan org Islam skrg yg dari kecil sudah Islam kurang mendalami agama itu sendiri, sebab itulah kita dapat lihat sekarang bnyk maksiat2 yg berlaku dilakukan oleh mereka ini..juga kerana kefahaman agama yg agak kurang jika kita hendak bandingkan dengan mereka yg Islam kerana Hidayah Allah..

justeru,tugas kita la sekarang ni untuk memahamkan mereka2 yg x paham agama ni,dgn cara2 yg betul dan berhikmah

bukan dengan marah atau sbgnya..mampu selesaikan masalah..

da'wah bil hal mcm nabi dulu mampu menjadikan Islam berkembang seperti sekarang..

huhu..semoga keputusan ana untuk berblog,sbg wadah menyampaikan idea dan buah fikiran mampu sedikit sebanyak merubah keadaan umat sekarang ni..


(sori..ayat berterabur ckit..)

Surau Al-Ghafur berkata...

erm..ana pun perlu di dakwahkan sebab ana pun masih tak sempurna..

mintak tunjuk ajar semua..

cari

cari

Reminder for me and you

Reminder for me and you

ayuh para mujahid dan mujahidah!

ayuh para mujahid dan mujahidah!