22 Disember 2009

renungan anjakan paradigma

aku melayari sebuah laman sesawang suatu ketika dulu.
lalu aku terjumpa ayat ini

Kasihan umat ini...Mereka perlukan orang-orang yang selalu memikirkan masalah umat. Jika asyik fikir masalah peribadi, sampai bila masalah besar Islam nak selesai?...


fikirku betul juga..asyik fikir masalah peribadi je.. bila nak buat diri tidak bermasalah (masalah dalaman) ..? contoh malas dan sebagainya.

masalah luaran tidak boleh diduga.

tapi lau dalaman tak settle..dapat menarik masalah luaran, ditambah dengan masalah luaran yang tak terduga.. sama dengan = dua kali ganda masalah!

ini sifir hidup? sifir kejayaan?
takut. ya Allah berilah bimbingan,kekuatan kepada kami,permudahkan urusan kami, dan jangan Engkau bebankan kami dengan bebanan yang tidak kami mampu tanggungi sepertimana Engkau telah bebankan ke atas umat-umat terdahulu daripada kami.

si pendiam

si pendiam
hanya memerhati tanpa berkata
diam sebab tidak tahu
diam bersebab (situasi sudah tidak mengizinkan berkata-kata/berfikir/merancang)
diam malas nak ambil bahagian (walaupun tahu apa yang perlu cakap)

aku..
dah lama berdiam tanpa kata
hanya memerhati
sekaliku berkata, kadang mendapat keuntungan
mereka suruh aku berfikir lagi mengeluarkan ideaku
ya mereka nampak aku berpotensi mengeluarkan idea bernas..
ada juga idea tak bernas..
ada juga asalnya ideaku yang tak berapa bernas,tapi menjadi pencetus orang lain mendapat ilham idea bernas..
macam-macam..

aku dah lama berdiam
aku dah lama jadi orang pasif
jika dulu aku ambil bahagian berkata-kata,
tentu ada beberapa perkara yang terkena faedah
tidak kisah walaupun punyai idea tidak bernas
kerana selamat dengan berbincang
salah silap ada yang betulkan
kerana semua yang ada dalam perbincangan
hanya satu,
mencari keredhaan Allah.

fatimah ~ gurindamrasa.

21 Disember 2009

ROYALTI : SIAPA YANG CELUPAR ?

dah lama nantikan tok guru bersuara tentang isu doa beliau
bacaan penuh sila klik
http://www.blogtokguru.com/pages/posting/30/royalti-siapa-yang-celupar-

Blog tidak akan mati, Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah.

Konvensyen Pertama Blogger PAS 2009 PDF Cetak Emel
Ditulis oleh JITM
SUNDAY, 20 DECEMBER 2009 12:23
TAMAN MELEWAR
, 20 Dis: Hari ini bertempat di dewan Datuk Fadhil Noor, Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Konvensyen Pertama Blogger PAS menghimpunkan hampir 300 para Blogger yang setia dengan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS. Konvensyen ini yang diadakan buat julung-julung kali diadakan untuk membentangkan 2 kertas kerja akademik yang berkaitan fenomena blog yang telah menjadi satu pengaruh baru dalam dunia abad ke-21 ini.

Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah membentangkan kertas kerja pertama "'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies".

Beliau yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia menegaskan bahawa pengaruh blog terhadap masyarakat tidak akan sekali-kali mati walaupun akan mengalami penurunan kerana penggunaan video klip online yang semakin mendapat tempat di laman-laman internet. Namun, blog tetap akan membantu komunikasi masyarakat untuk membentuk kepercayaan politik seterusnya memilih kerajaan yang diingini.

Beliau juga mendedahkan kajian yang membuktikan bahawa lebih 39.2 peratus belia berumur 21 hingga 41 tahun mempercayai media blog berbanding media lain seperti akhbar, televisyen, dan media baru.
Untuk pengetahuan, Malaysia mempunyai hampir 500 ribu blog dengan hampir 6 juta pengguna rangkaian Facebook dan Twitter, Myspace, dan Friendster. PRU 12 2008 yang lalu telah menyaksikan bagaimana potensi blog sebagai jentera pemacu kepercayaan dan pengaruh politik baru di Malaysia dengan kemenangan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri dan menggagalkan 2/3 kuasa BN.

Beliau juga menyarankan supaya PAS harus bijak memanfaatkan membuat strategi komunikasi untuk memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya yang akan datang.

Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin pula akan membentangkan kertas kerja kedua bertajuk 'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah'.

Konvensyen ini dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Turut hadir sama di konvensyen tersebut ialah ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim lebih dikenali dengan Blogger Cina Islam.

dari http://pas.org.my


Blog tidak akan mati-Abu Hassan | Print | E-mail
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.

Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.

Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.

Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS hari ini, Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalau adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.

Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.

Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, PAS adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melaui blog.

Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.

Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.

Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengokong kebebasan bersuara.

Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet.

"Kerana lebuh raya yang ada di Malaysia ini satu arah sahaja, dan banyak tol, maka orang akan mencari jalan yang lain, yang ada ini primitif, konservetif dan kuno," kiasnya ketika menjawab soalan mengapa penggunaan internet di Malaysia tinggi.

Tegasnya lagi, mereka yang pandai memanfaatkan media baru ini akan pasti dapat membina pengaruh besar dan PAS katanya harus bijak memanfaatkan kemudahan ini untuk survival parti itu.

"Di dalam zaman internet ini, krisis adalah perniagaan," katanya.

(Gambar: Antara peserta muslimat yang turut meyertai konvensyen blogger)

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.

Lebih 300 peserta menyertai konvensyen blogger anjuran Lajnah Penerangan PAS di dewan Datuk Fadhil Nor, Taman Melewar hari ini.


dari http://www.harakahdaily.net

20 Disember 2009

buek apo poning-poning eh

faham ke tajuk entry tu. bahaso nogori sembilan tu. maksudnya buat apa nak pening-pening, mana baik amik la kan? macam-macam daa..

aku jengok blog kenalanku,hurul ummi.. aku jarang baca entry dia tapi rajin melawat ha camna tuh? bahasa dia berat maa..jangan nak poning-poning kepala lau tak tahan duk baca entry dia. tak faham baik tanya penulisnya dari buat tafsiran sendiri..
aku jenguk dan terlihatlah ada perang saraf berlaku di situ
kecoh sampai jadi lagu ni http://beritautama-infokini.blogspot.com/2009/12/new-kontroversi-waspada-dengan-ikutan.html

haa baca sampai komen-komennya sekali..

aku pun tulis sesuatu kat chatbox hurul ummi, tak sangka dia online gak masa tu..aku bukan nak cet dengan dia,tapi tulis untuk orang-orang belajar mesir khususnya.
ni ayat penerangan aku, di transfer dari chatbox hurul ummi ke sini, senang buat peringatan diri sendiri.

aku : budak2 mesir, anda jgn buat org x ngaji mesir tergelak la.. kaji dulu.. kot ye pun,amik apa yg ditegur bukan menjahanamkan lagi suasana,bukan semua begitu,tapi ada yang begitu.rosak susu sebelanga..

jadi sama2la tegur sahabat2 saya,anda dan semualah..campur gaul dgn org skeliling scr baik..jgn pandang org biasa dgn senyum pun susah apth nak borak2.

mana org biasa tak menyampah..cuba kene kt dri sendiri..

ummi : saya tak niat nak kondem bdk mesir, mereka kondem diri sendiri.saya dpt maklumat pon dr budak mesir.sbb itu saya tegor.salahnya cara saya agak jahanam.bahasa saya terlalu tinggi utk mereka hadam.

aku : nak bt cmne ummi.bukan semua budak mesir hebat..boleh seperti ummi hrpkn.. saya,awk,mreka semua ada kekurangan..terimalah seadanya..sapa nak yg baik,amik pengajarannya,bukan menyalakan api lagi

ummi : saya nak tolong..disebalik kekejian kata saya ada mesej kasih syg kat situ tp mereka buta hati teramat sgt..saya dah dua kali padam entry tersebut tp dorg galak menyalak saya publish semula
salah saya fatimah, sbb harapan islam saya terlalu tinggi.saya tak beri mereka masa utk faham..mmg salah saya..saya akui.tp boleh bincang secara dewasa.api jgn lawan dgn api.tak reti dah nak cakap
saya yg terlalu byk baca sejarah nabi dan teladan dan mengimpikan kehidupan semcm itu sehingga memaksa keadaan zaman ini persis sprti imaginasi kisah anbiya ini.saya mmg sgt salah.

aku : budak2 mesir sekelian,andalah perubah persepsi masyarakat kampung2 anda.. jika tak sampai bila xda sapa nak respect budk mesir..sume menympah dgn budk mesir..anda nk ke begini sampai bebila?

ummi: saya tak faham..saya keliru.knp islam dulu berbeza dgn islam skrg??kepala saya TERLALU sarat dgn sejuta persoalan.tada yg sanggup tolong jawab..aduhhhh..mesirku..damailah.

aku : lau tak si ummi ni tegur,sp berani tegur anda? dakwah kampung anda x jln,..sebb org kampung x respect antum sume oleh kerana adanya persepsi nila setitik rosak susu sebelanga..andalah perubah!

ummi : inci kejahilan saya yg diperbesar-besarkan berbanding ayat-ayat KEBENARAN saya..kenapa?saya ancaman kah?sanggup kata saya sesat dn bawa pengaruh kritien.Allahu..mmg sgt teruji.

aku : xpyh ckp budak mesir, kita ckp org tdung labuh susah nk masuk dgn org kampung.. sebb tdung labuh,tak ngam dgn makcik2 tu tdung ats dada.. gitu ke?gi la cmpur dgn org tmsk sy,mesra2,seng lah nk bdkwah,

oleh krana anggapan org bydk mesir byk ilmu, memg byk pn,tp satu pun tak bnilai kalau beginilah keadaannya dgn org kampung/luar

ummi : yes ukhti, itulah maksud saya..org2 kopiah dan tudung labuh ini sgt tak mesra,muka ketat 24 jam.masyarakat jadi takut dan terlalu memandang tinggi.padahnya mereka riak secara tak sedar diri.
dan inilah tugas saya,MENYENTAP hati-hati muka ketat,perasan hebat dan berlagak mulia dgn KEJIAN..sbb saya yakin KEJIAN inilah suara orang ramai.dan saya sanggup wakilnya melalui lidah saya.

aku : ni ayat simple ni,lau tak faham x tahula nk ckp..sbb sy bukn org sastera mcm ummi. amikla apa yg patut.byk dh sy ckp.anda nk amik,x mahu amik, betulkn ummi,salahkn ummi.tpulang.

ummi : dan saya dihukum dgn membawa ajaran sesat, bukankah zalim namanya?berperang agama diatas agama?tolong jgn mimpi berjuang dipalestin kalau negara sndiri hancur lebur

terima kasih fatimah..ternyata anda memahami bahasa hati saya..syukur.saya rasa benar2 seperti srikandi skrg.dihadapkan dua manusia.penentang dan pengertian.tq


habis~ masing-masing nilailah. tak puas hati bincang bebaik. fahami situasi.
salam maal hijrah, ni aku cedok pengisian maal hijrah di blog
http://toomuchj.blogspot.com/2009/12/sudah-realisasikah-azam-1430.html


a silent visitor

..lalalaa malasss mahu update ini blog..tata blog!
p/s:thanks bsgi nasihat,akan ku renung2kan.

16 Disember 2009

tidak tahu ini berita apa

Bismillahirrahmanirrohim..

aku bukanlah insan yang selayaknya untuk menjadi pendakwah
kerana diri ini masih banyak kekurangan
oleh itu, aku ingin mengundur diri dari sini
oleh kerana diri ini boleh menimbulkan fitnah dalam perjuangan.

masakan pula aku mengajak orang berbuat baik
tapi diri ini tidak memberi contoh yang baik
tidak salah jika kita mengajak kebaikkan untuk menjadi diri kita kuat
tetapi aku tiada penganjakkan, masih di tahap lama malah lebih teruk
aku tidak mahu begini lagi
oleh itu,izinkanku mengundur diri bermuhasabah

segala kekusutan yang dileraikan dengan nasihat kudahulukan dengan ucapan terima kasih.

wassalam..

15 Disember 2009

bukan tak nak pos

salam ceria bagus! hehe pekabau orang kampung gurindam rasa? moga pengunjung-pengunjung merangkap orang kampung gurindam rasa sihat-sihat walafiat dan ceria-ceria. marilah kita bersatu hati!

ha aper citer hari nie?? tertunggu-tunggu ke orang kampung ni? terima kasihlah memuji blog ini bagus.. bagi fatimah biasa je.. banyak link info dari luar huhu. yela sebab saya juruhebah tak bergaji.. :)

saya ada 2 post entry yang di perap-perap dalam draft, sampai bila nak perap pun tak tahu..masih tak siap,cannot concentrate..sebab diri ni tak nak concentrate .. apa punya alasan daaa??

doakan moga boleh keluar entry perapan ayam panggang tu ye hehe.

baikla sambung sikit tentang tips blogging, first dah bocor haritu bagaimana nak naik traffic blog kita iaitu dengan rajin mengomen-mengomen di blog orang, lau tumpu satu blog je bolehkah? contoh syikin dan fatimah kawan rapat, jadi mereka hanya komen di blog mereka-mereka je..fatimah komen syikin,syikin komen fatimah, boleh ke begini? tak boleh bai. tak berkembang biak nanti. lainla lau blog fatimah tu ramai pembaca,maka tiada masalah.
pointnya di sini, jika ingin traffic blog naik dengan pantas sekali,pergi la komen blog ribuan pembaca ok. slalunya yang ada ".com" contoh fatimahazzahrah.com ceh..boleh tahanlah letak nama sendiri! hehe mestila contoh-contoh yang diberi mengangkat bakul sendiri kan..lau tak sapa lagi nak angkatkan huhu. saya cuba gak taip fatimahazzahrah.com, still kosong weh..hehe ada peluang ni,bajet tak cukupla nak buat website sendiri :(

ok melalut takat mana dah tu.

sambung, second tips... ape ek? jap berfikir.. haaa..rajin beramah mesra di chatbox.. senang citer berukhwah lah dengan blogger-blogger sekelian. terutamanya chatbox jutaan pembaca tu.. ho fatimah ni ada udang di sebalik mee rupanya.. takla..secara tak sengaja saya gi tanya ustaz-ustaz yang ada ni tentang soalan yang bermain di fikiran, dan saya perasan ramai pengunjung dari sana. so boleh la mengomen dan tinggalkan pesanan di chatbox.. komen tu biar power bai! just cakap salam ziarah je,saya tak rasa orang nak klik kat nama pengomen tu.. so inilah dia secara tak langsung anda berbincang memerah otak untuk memberi manfaat pada orang lain,dengan tinggalkan komen-komen bernas.. ingat luruskan niat..moga menjadi amal kebajikan.

"ala tak payah komen la,leceh je..chatbox kan ada".. haa pikirla sendiri,malas saya nak layan orang malas nak pikir ni..terima je idea orang bulat-bulat,orang masuk longkang ikut masuk sekali.. so what kind of reading.. reading buta je ke? bagi idea untuk manfaat bersama. walaupun "saya bersetuju dengan pandangan cik, sebab sekarang ni bla bla bla bla gini gini gitu gitu.." so orang baca komen pun dapatlah tahu isu-isu semasa ke kan..komen je la. apa malas sangat, penat-penat buat entry tapi takda pengunjung ke blog kita..sorang dua je..berkesankah penyampaian kita? fikir-fikirkanlah..gejala sosial makin naik, macam pecut motor, tapi kamu nak mengajak kebaikan slow macam cacing.. ibarat pancing ikan dengan kail dan jala, mana lagi keuntungan besar?

okay fine. seterusnya. traffic blog naik ni,tapi camna nak kekalkan rating naik,takkan setiap hari nak kena komen dan mesej di chatbox sampai tuan blog naik menyampah lalu band kan I.P address kita di chatbox..pastu menangis tak berlagu la semua chatbox dah tak boleh terima I.P address kamu, tak boleh nak hantar mesej dah.. haaa tunggu...next episode! insyaAllah lau saya panjang umur,murah rezeki untuk berhibur di sini :)

ok saya bagi korang praktikal kat sini, terima bulat-bulat atau bagi kritikan atau penambahan. ikutkan boleh lagi saya nak ulas perkara tu panjang-panjang tapi biarlah (see..mesti tak perfect punya..ada ke blogger perfect je sampai tak boleh nak komen.. huhu maybe..tapi ada gak blogger yang tak teringat,atau maklumat yang dia tak tahu so boleh je nak tambah-tambah maklumat lagi kat ruang komen)

kotak komen tersedia..tuttt...(siaran off. tak cukup tenaga penjanaan :P .. )

fatimah on~ http://gurindamrasa.blogspot.com/

Program Anak Soleh (ProMAS) 2

Program 1

Nisa' Educare Centre Perlis akan mengadakan

Program Anak Soleh (ProMAS) 2,

Pada 17,18 dan 19 dis 2009 .

Bertempat di Semarak Resort Sg Batu Pahat, Perlis.

Penyertaan terbuka kepada pelajar 7-13 tahun.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut sila hubungi:
Nisa' Educare Centre = 049760377, 0197104147, 0134060093
DAFTAR SEKARANG hanya RM 65 seorang termasuk Bahan Program, makan dan Sijil !!!

"Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara; ilmu yang manfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh....-HR : Al-Bukhari dan Muslim.


Program 2


SIMPOSIUM FIQH MASYARAKAT BUKAN ISLAM DI MALAYSIA


TARIKH

23 - 24 Disember 2009 / 06 – 07 Muharam 1431H

matlumat lanjut dan tentatif [klik sini]



p/s: hebah-hebahkan ye.. jika anda mempunyai info aktiviti untuk dikongsikan di blog ni, sila email saya gurindamrasa@gmail.com atau di chatbox.

juruhebah tak bergaji,
fatimah on~ http://gurindamrasa.blogspot.com

14 Disember 2009

seorang gadis

selamat pagi 1 dunia!
alhamdulillah atas nikmat yang dicapai hari ini.
tengah kemas bilik sambil dengar lagu my nasyid playlist on laptop.
one of the song is seorang gadis. best lagu ni.

Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com

Ada seorang gadis
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya

Ibunya telah tiada
Begitu juga ayahnya
Mengharungi dunia
Tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya
Antara syurga dan neraka

Pada siapa
Harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir noktah
Usia dirinya
Yang akan berhenti jua

Deraian air mata
Menangisi dosanya
Rebah dia mengharap
Keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana

Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana
Nafsu yang mengaburinya
Namun Tuhannya masih
cintakan dirinya
Walaupun dosanya
Selautan dunia

Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa
Merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadap-Nya

Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan
Jalan kebahagiaan
Mengukir ceria
Membenam segala
Kecewa.....

Lagu: Mujahid Abdul Wahab & Firdaus
Lirik: Khairil Azrin Rafli & Idzhar
Hakcipta Lagu: Gurindam Cipta & Arieta
Hakcipta Lirik: Gurindam Cipta

sumber : http://www.liriknasyid.com/index.php/lirik/detail/581/nowseeheart-seorang_gadis.html

komen pendengar dari liriknasyid.com

29/04/2009 04:39:09 thea dari cikampek:
lagu ini menyentuh... sampai2 pengen rikwes tyuzzz...
16/02/2009 22:25:58 feeqa dari johor:
lagu yg amat menyentuh hati..buat semua gadis2 di luar sana,ingatlah pelihara apa yang anda miliki...
29/08/2007 00:19:28 Taufan budi santoso dari Jakarta:
Komentar bagus bnget lgunya, lriknya menyentuh bgt
07/08/2006 04:09:40 peace dari slangor:
adeh..lagu ni..sdap ar..insaf ku mndgr..heuheuheu..tobat2


cari

cari

Reminder for me and you

Reminder for me and you

ayuh para mujahid dan mujahidah!

ayuh para mujahid dan mujahidah!