22 Disember 2009

si pendiam

si pendiam
hanya memerhati tanpa berkata
diam sebab tidak tahu
diam bersebab (situasi sudah tidak mengizinkan berkata-kata/berfikir/merancang)
diam malas nak ambil bahagian (walaupun tahu apa yang perlu cakap)

aku..
dah lama berdiam tanpa kata
hanya memerhati
sekaliku berkata, kadang mendapat keuntungan
mereka suruh aku berfikir lagi mengeluarkan ideaku
ya mereka nampak aku berpotensi mengeluarkan idea bernas..
ada juga idea tak bernas..
ada juga asalnya ideaku yang tak berapa bernas,tapi menjadi pencetus orang lain mendapat ilham idea bernas..
macam-macam..

aku dah lama berdiam
aku dah lama jadi orang pasif
jika dulu aku ambil bahagian berkata-kata,
tentu ada beberapa perkara yang terkena faedah
tidak kisah walaupun punyai idea tidak bernas
kerana selamat dengan berbincang
salah silap ada yang betulkan
kerana semua yang ada dalam perbincangan
hanya satu,
mencari keredhaan Allah.

fatimah ~ gurindamrasa.

Tiada ulasan:

cari

cari

Reminder for me and you

Reminder for me and you

ayuh para mujahid dan mujahidah!

ayuh para mujahid dan mujahidah!