salam ceria bagus! hehe pekabau orang kampung gurindam rasa? moga pengunjung-pengunjung merangkap orang kampung gurindam rasa sihat-sihat walafiat dan ceria-ceria. marilah kita bersatu hati!
ha aper citer hari nie?? tertunggu-tunggu ke orang kampung ni? terima kasihlah memuji blog ini bagus.. bagi fatimah biasa je.. banyak link info dari luar huhu. yela sebab saya juruhebah tak bergaji.. :)
saya ada 2 post entry yang di perap-perap dalam draft, sampai bila nak perap pun tak tahu..masih tak siap,cannot concentrate..sebab diri ni tak nak concentrate .. apa punya alasan daaa??
doakan moga boleh keluar entry perapan ayam panggang tu ye hehe.
baikla sambung sikit tentang tips blogging, first dah bocor haritu bagaimana nak naik traffic blog kita iaitu dengan rajin mengomen-mengomen di blog orang, lau tumpu satu blog je bolehkah? contoh syikin dan fatimah kawan rapat, jadi mereka hanya komen di blog mereka-mereka je..fatimah komen syikin,syikin komen fatimah, boleh ke begini? tak boleh bai. tak berkembang biak nanti. lainla lau blog fatimah tu ramai pembaca,maka tiada masalah.
pointnya di sini, jika ingin traffic blog naik dengan pantas sekali,pergi la komen blog ribuan pembaca ok. slalunya yang ada ".com" contoh fatimahazzahrah.com ceh..boleh tahanlah letak nama sendiri! hehe mestila contoh-contoh yang diberi mengangkat bakul sendiri kan..lau tak sapa lagi nak angkatkan huhu. saya cuba gak taip fatimahazzahrah.com, still kosong weh..hehe ada peluang ni,bajet tak cukupla nak buat website sendiri :(
ok melalut takat mana dah tu.
sambung, second tips... ape ek? jap berfikir.. haaa..rajin beramah mesra di chatbox.. senang citer berukhwah lah dengan blogger-blogger sekelian. terutamanya chatbox jutaan pembaca tu.. ho fatimah ni ada udang di sebalik mee rupanya.. takla..secara tak sengaja saya gi tanya ustaz-ustaz yang ada ni tentang soalan yang bermain di fikiran, dan saya perasan ramai pengunjung dari sana. so boleh la mengomen dan tinggalkan pesanan di chatbox.. komen tu biar power bai! just cakap salam ziarah je,saya tak rasa orang nak klik kat nama pengomen tu.. so inilah dia secara tak langsung anda berbincang memerah otak untuk memberi manfaat pada orang lain,dengan tinggalkan komen-komen bernas.. ingat luruskan niat..moga menjadi amal kebajikan.
"ala tak payah komen la,leceh je..chatbox kan ada".. haa pikirla sendiri,malas saya nak layan orang malas nak pikir ni..terima je idea orang bulat-bulat,orang masuk longkang ikut masuk sekali.. so what kind of reading.. reading buta je ke? bagi idea untuk manfaat bersama. walaupun "saya bersetuju dengan pandangan cik, sebab sekarang ni bla bla bla bla gini gini gitu gitu.." so orang baca komen pun dapatlah tahu isu-isu semasa ke kan..komen je la. apa malas sangat, penat-penat buat entry tapi takda pengunjung ke blog kita..sorang dua je..berkesankah penyampaian kita? fikir-fikirkanlah..gejala sosial makin naik, macam pecut motor, tapi kamu nak mengajak kebaikan slow macam cacing.. ibarat pancing ikan dengan kail dan jala, mana lagi keuntungan besar?
okay fine. seterusnya. traffic blog naik ni,tapi camna nak kekalkan rating naik,takkan setiap hari nak kena komen dan mesej di chatbox sampai tuan blog naik menyampah lalu band kan I.P address kita di chatbox..pastu menangis tak berlagu la semua chatbox dah tak boleh terima I.P address kamu, tak boleh nak hantar mesej dah.. haaa tunggu...next episode! insyaAllah lau saya panjang umur,murah rezeki untuk berhibur di sini :)
ok saya bagi korang praktikal kat sini, terima bulat-bulat atau bagi kritikan atau penambahan. ikutkan boleh lagi saya nak ulas perkara tu panjang-panjang tapi biarlah (see..mesti tak perfect punya..ada ke blogger perfect je sampai tak boleh nak komen.. huhu maybe..tapi ada gak blogger yang tak teringat,atau maklumat yang dia tak tahu so boleh je nak tambah-tambah maklumat lagi kat ruang komen)
kotak komen tersedia..tuttt...(siaran off. tak cukup tenaga penjanaan :P .. )
fatimah on~ http://gurindamrasa.blogspot.com/
3 ulasan:
teruskan berblogging.. salam ma'al hijrah 1430 H! =)
psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.
Bagaimana jika kita daftarkan blog kita dalam injin pencarian seperti Google, Yahoo, MSN dan lain-lain? Ok ke? Minta tambah lagi tipsnya ya. Menariklah gaya penulisan engkau senyum2 kambing lak bila saya baca hehee..
yang daftar kat enjin tu camne?
saya tak bapa pastila. cuba cik rimau terangkan sikit camna nak daftar tu. hmm tunggu mood la cik rimau haha sabau jela jangan ngam saya lak. ho yke maceh2..
Catat Ulasan