buat kerja rumah tak pandai lagi macam mana nak kawin
diri malas-malas lagi boleh ke kawin malas2 camni
dulu ada orang nak, tak berkenan, jual mahal padahal masing2 boleh berubah mengikut arus kematangan sekarang tunggu punya tunggu tiada pula yang mahu huhuhu :'(
ni lagi pening belajar pun tak habis lagi bila nak kawin..
siap-siap merisik dulu pintu berkenalan terbuka sekarang habis belajar, terus nikah..haha poyo berangan tutup berangan. habis sampai sini.
jom riadah jap hehe lagu ni aku tahu masa aku join kursus training ESQ dulu selama 2 hari bengkak dasyat mata aku.. mari aku kongsi trademark semangat ESQ, "trainer cakap, "pagi!" maka peserta kena sahut kuat bersemangat juga "pagi!" ucapan pagi itula yang diulang-ulang untuk mengembalikan semangat,sewaktu sesi permulaan dan pertengahan training. senaman ni sangat sporting,mudah dan best. boleh buat hilangkan ngantuk, mudahan-mudahan stress juga.
Lirik lagu untuk senaman ini;
Tangan kiri di depan
ke belakang Depan belakang Ayuh goyangkan Lakukankan seperti ini dan berputarlah Mudahkan caranya Wuuuu..ayuh bersama Wuuuu..bersama-sama Wuuuu..ayuh bersama Pegang lutut tangan diangkat yeay yeay yeay!
#kemudian ditukar dengan tangan kanan, kaki kiri dan kaki kanan.
Sememangnya sangat sesuai untuk mass yang mudah dan menarik!
Resolusi:
1. Dapat mengelakkan pelajar-pelajar menjadi pasif. 2. Menguji kepekaan pelajar-pelajar untuk melakukan setiap 'move' dalam senaman ini dengan betul. 3. Menguji sifat keterbukaan pelajar-pelajar untuk melakukan aktiviti seperti ini.
tak semestinya untuk pelajar.orang dewasa dan sesiapa pun boleh lirik amik dari sebuah blog yang agak menarik perhatianku http://mtc-faciteam.blogspot.com ho skali post sampai 4 entri 1 hari..huhu :)
kadang-kadang orang baru bergerak bila kita beri ransangan kita boleh jadi pendorong kita ransang secara baik atau buruk dua-dua boleh,ikut kesesuaian bukan melampau
sampai tahap memang payah memang payah nak suruh orang membuat sesuatu yang kita inginkan bukan apa, untuk manfaat juga
bersabar je la.. bilamana dah ransang, tak berhasil jugak.. bersabar..bersabar..sabo.. fikirkan strategi ransangan lain.
aku melayari sebuah laman sesawang suatu ketika dulu. lalu aku terjumpa ayat ini
Kasihan umat ini...Mereka perlukan orang-orang yang selalu memikirkan masalah umat. Jika asyik fikir masalah peribadi, sampai bila masalah besar Islam nak selesai?...
fikirku betul juga..asyik fikir masalah peribadi je.. bila nak buat diri tidak bermasalah (masalah dalaman) ..? contoh malas dan sebagainya.
masalah luaran tidak boleh diduga.
tapi lau dalaman tak settle..dapat menarik masalah luaran, ditambah dengan masalah luaran yang tak terduga.. sama dengan = dua kali ganda masalah!
ini sifir hidup? sifir kejayaan? takut. ya Allah berilah bimbingan,kekuatan kepada kami,permudahkan urusan kami, dan jangan Engkau bebankan kami dengan bebanan yang tidak kami mampu tanggungi sepertimana Engkau telah bebankan ke atas umat-umat terdahulu daripada kami.
si pendiam hanya memerhati tanpa berkata diam sebab tidak tahu diam bersebab (situasi sudah tidak mengizinkan berkata-kata/berfikir/merancang) diam malas nak ambil bahagian (walaupun tahu apa yang perlu cakap)
aku.. dah lama berdiam tanpa kata hanya memerhati sekaliku berkata, kadang mendapat keuntungan mereka suruh aku berfikir lagi mengeluarkan ideaku ya mereka nampak aku berpotensi mengeluarkan idea bernas.. ada juga idea tak bernas.. ada juga asalnya ideaku yang tak berapa bernas,tapi menjadi pencetus orang lain mendapat ilham idea bernas.. macam-macam..
aku dah lama berdiam aku dah lama jadi orang pasif jika dulu aku ambil bahagian berkata-kata, tentu ada beberapa perkara yang terkena faedah tidak kisah walaupun punyai idea tidak bernas kerana selamat dengan berbincang salah silap ada yang betulkan kerana semua yang ada dalam perbincangan hanya satu, mencari keredhaan Allah.
TAMAN MELEWAR, 20 Dis: Hari ini bertempat di dewan Datuk Fadhil Noor, Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar, Konvensyen Pertama Blogger PAS menghimpunkan hampir 300 para Blogger yang setia dengan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS. Konvensyen ini yang diadakan buat julung-julung kali diadakan untuk membentangkan 2 kertas kerja akademik yang berkaitan fenomena blog yang telah menjadi satu pengaruh baru dalam dunia abad ke-21 ini.
Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah membentangkan kertas kerja pertama "'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies".
Beliau yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia menegaskan bahawa pengaruh blog terhadap masyarakat tidak akan sekali-kali mati walaupun akan mengalami penurunan kerana penggunaan video klip online yang semakin mendapat tempat di laman-laman internet. Namun, blog tetap akan membantu komunikasi masyarakat untuk membentuk kepercayaan politik seterusnya memilih kerajaan yang diingini.
Beliau juga mendedahkan kajian yang membuktikan bahawa lebih 39.2 peratus belia berumur 21 hingga 41 tahun mempercayai media blog berbanding media lain seperti akhbar, televisyen, dan media baru.
Untuk pengetahuan, Malaysia mempunyai hampir 500 ribu blog dengan hampir 6 juta pengguna rangkaian Facebook dan Twitter, Myspace, dan Friendster. PRU 12 2008 yang lalu telah menyaksikan bagaimana potensi blog sebagai jentera pemacu kepercayaan dan pengaruh politik baru di Malaysia dengan kemenangan Pakatan Rakyat merampas 5 negeri dan menggagalkan 2/3 kuasa BN.
Beliau juga menyarankan supaya PAS harus bijak memanfaatkan membuat strategi komunikasi untuk memastikan kemenangan PAS dalam pilihanraya yang akan datang.
Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin pula akan membentangkan kertas kerja kedua bertajuk 'Blog sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah'.
Konvensyen ini dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.Turut hadir sama di konvensyen tersebut ialah ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim lebih dikenali dengan Blogger Cina Islam.
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.
Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.
Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.
Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS hari ini, Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalau adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.
Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.
Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.
Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, PAS adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melaui blog.
Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.
Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.
Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengokong kebebasan bersuara.
Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet.
"Kerana lebuh raya yang ada di Malaysia ini satu arah sahaja, dan banyak tol, maka orang akan mencari jalan yang lain, yang ada ini primitif, konservetif dan kuno," kiasnya ketika menjawab soalan mengapa penggunaan internet di Malaysia tinggi.
Tegasnya lagi, mereka yang pandai memanfaatkan media baru ini akan pasti dapat membina pengaruh besar dan PAS katanya harus bijak memanfaatkan kemudahan ini untuk survival parti itu.
"Di dalam zaman internet ini, krisis adalah perniagaan," katanya.
(Gambar: Antara peserta muslimat yang turut meyertai konvensyen blogger)
Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.
Lebih 300 peserta menyertai konvensyen blogger anjuran Lajnah Penerangan PAS di dewan Datuk Fadhil Nor, Taman Melewar hari ini.
faham ke tajuk entry tu. bahaso nogori sembilan tu. maksudnya buat apa nak pening-pening, mana baik amik la kan? macam-macam daa..
aku jengok blog kenalanku,hurul ummi.. aku jarang baca entry dia tapi rajin melawat ha camna tuh? bahasa dia berat maa..jangan nak poning-poning kepala lau tak tahan duk baca entry dia. tak faham baik tanya penulisnya dari buat tafsiran sendiri.. aku jenguk dan terlihatlah ada perang saraf berlaku di situ kecoh sampai jadi lagu ni http://beritautama-infokini.blogspot.com/2009/12/new-kontroversi-waspada-dengan-ikutan.html
haa baca sampai komen-komennya sekali..
aku pun tulis sesuatu kat chatbox hurul ummi, tak sangka dia online gak masa tu..aku bukan nak cet dengan dia,tapi tulis untuk orang-orang belajar mesir khususnya. ni ayat penerangan aku, di transfer dari chatbox hurul ummi ke sini, senang buat peringatan diri sendiri.
aku : budak2 mesir, anda jgn buat org x ngaji mesir tergelak la.. kaji dulu.. kot ye pun,amik apa yg ditegur bukan menjahanamkan lagi suasana,bukan semua begitu,tapi ada yang begitu.rosak susu sebelanga..
jadi sama2la tegur sahabat2 saya,anda dan semualah..campur gaul dgn org skeliling scr baik..jgn pandang org biasa dgn senyum pun susah apth nak borak2.
mana org biasa tak menyampah..cuba kene kt dri sendiri..
ummi : saya tak niat nak kondem bdk mesir, mereka kondem diri sendiri.saya dpt maklumat pon dr budak mesir.sbb itu saya tegor.salahnya cara saya agak jahanam.bahasa saya terlalu tinggi utk mereka hadam.
aku : nak bt cmne ummi.bukan semua budak mesir hebat..boleh seperti ummi hrpkn.. saya,awk,mreka semua ada kekurangan..terimalah seadanya..sapa nak yg baik,amik pengajarannya,bukan menyalakan api lagi
ummi : saya nak tolong..disebalik kekejian kata saya ada mesej kasih syg kat situ tp mereka buta hati teramat sgt..saya dah dua kali padam entry tersebut tp dorg galak menyalak saya publish semula salah saya fatimah, sbb harapan islam saya terlalu tinggi.saya tak beri mereka masa utk faham..mmg salah saya..saya akui.tp boleh bincang secara dewasa.api jgn lawan dgn api.tak reti dah nak cakap saya yg terlalu byk baca sejarah nabi dan teladan dan mengimpikan kehidupan semcm itu sehingga memaksa keadaan zaman ini persis sprti imaginasi kisah anbiya ini.saya mmg sgt salah.
aku : budak2 mesir sekelian,andalah perubah persepsi masyarakat kampung2 anda.. jika tak sampai bila xda sapa nak respect budk mesir..sume menympah dgn budk mesir..anda nk ke begini sampai bebila?
ummi: saya tak faham..saya keliru.knp islam dulu berbeza dgn islam skrg??kepala saya TERLALU sarat dgn sejuta persoalan.tada yg sanggup tolong jawab..aduhhhh..mesirku..damailah.
aku : lau tak si ummi ni tegur,sp berani tegur anda? dakwah kampung anda x jln,..sebb org kampung x respect antum sume oleh kerana adanya persepsi nila setitik rosak susu sebelanga..andalah perubah!
ummi : inci kejahilan saya yg diperbesar-besarkan berbanding ayat-ayat KEBENARAN saya..kenapa?saya ancaman kah?sanggup kata saya sesat dn bawa pengaruh kritien.Allahu..mmg sgt teruji.
aku : xpyh ckp budak mesir, kita ckp org tdung labuh susah nk masuk dgn org kampung.. sebb tdung labuh,tak ngam dgn makcik2 tu tdung ats dada.. gitu ke?gi la cmpur dgn org tmsk sy,mesra2,seng lah nk bdkwah,
oleh krana anggapan org bydk mesir byk ilmu, memg byk pn,tp satu pun tak bnilai kalau beginilah keadaannya dgn org kampung/luar
ummi : yes ukhti, itulah maksud saya..org2 kopiah dan tudung labuh ini sgt tak mesra,muka ketat 24 jam.masyarakat jadi takut dan terlalu memandang tinggi.padahnya mereka riak secara tak sedar diri. dan inilah tugas saya,MENYENTAP hati-hati muka ketat,perasan hebat dan berlagak mulia dgn KEJIAN..sbb saya yakin KEJIAN inilah suara orang ramai.dan saya sanggup wakilnya melalui lidah saya.
aku : ni ayat simple ni,lau tak faham x tahula nk ckp..sbb sy bukn org sastera mcm ummi. amikla apa yg patut.byk dh sy ckp.anda nk amik,x mahu amik, betulkn ummi,salahkn ummi.tpulang.
ummi : dan saya dihukum dgn membawa ajaran sesat, bukankah zalim namanya?berperang agama diatas agama?tolong jgn mimpi berjuang dipalestin kalau negara sndiri hancur lebur
terima kasih fatimah..ternyata anda memahami bahasa hati saya..syukur.saya rasa benar2 seperti srikandi skrg.dihadapkan dua manusia.penentang dan pengertian.tq
aku bukanlah insan yang selayaknya untuk menjadi pendakwah kerana diri ini masih banyak kekurangan oleh itu, aku ingin mengundur diri dari sini oleh kerana diri ini boleh menimbulkan fitnah dalam perjuangan.
masakan pula aku mengajak orang berbuat baik tapi diri ini tidak memberi contoh yang baik tidak salah jika kita mengajak kebaikkan untuk menjadi diri kita kuat tetapi aku tiada penganjakkan, masih di tahap lama malah lebih teruk aku tidak mahu begini lagi oleh itu,izinkanku mengundur diri bermuhasabah
segala kekusutan yang dileraikan dengan nasihat kudahulukan dengan ucapan terima kasih.
salam ceria bagus! hehe pekabau orang kampung gurindam rasa? moga pengunjung-pengunjung merangkap orang kampung gurindam rasa sihat-sihat walafiat dan ceria-ceria. marilah kita bersatu hati!
ha aper citer hari nie?? tertunggu-tunggu ke orang kampung ni? terima kasihlah memuji blog ini bagus.. bagi fatimah biasa je.. banyak link info dari luar huhu. yela sebab saya juruhebah tak bergaji.. :)
saya ada 2 post entry yang di perap-perap dalam draft, sampai bila nak perap pun tak tahu..masih tak siap,cannot concentrate..sebab diri ni tak nak concentrate .. apa punya alasan daaa??
doakan moga boleh keluar entry perapan ayam panggang tu ye hehe.
baikla sambung sikit tentang tips blogging, first dah bocor haritu bagaimana nak naik traffic blog kita iaitu dengan rajin mengomen-mengomen di blog orang, lau tumpu satu blog je bolehkah? contoh syikin dan fatimah kawan rapat, jadi mereka hanya komen di blog mereka-mereka je..fatimah komen syikin,syikin komen fatimah, boleh ke begini? tak boleh bai. tak berkembang biak nanti. lainla lau blog fatimah tu ramai pembaca,maka tiada masalah. pointnya di sini, jika ingin traffic blog naik dengan pantas sekali,pergi la komen blog ribuan pembaca ok. slalunya yang ada ".com" contoh fatimahazzahrah.com ceh..boleh tahanlah letak nama sendiri! hehe mestila contoh-contoh yang diberi mengangkat bakul sendiri kan..lau tak sapa lagi nak angkatkan huhu. saya cuba gak taip fatimahazzahrah.com, still kosong weh..hehe ada peluang ni,bajet tak cukupla nak buat website sendiri :(
ok melalut takat mana dah tu.
sambung, second tips... ape ek? jap berfikir.. haaa..rajin beramah mesra di chatbox.. senang citer berukhwah lah dengan blogger-blogger sekelian. terutamanya chatbox jutaan pembaca tu.. ho fatimah ni ada udang di sebalik mee rupanya.. takla..secara tak sengaja saya gi tanya ustaz-ustaz yang ada ni tentang soalan yang bermain di fikiran, dan saya perasan ramai pengunjung dari sana. so boleh la mengomen dan tinggalkan pesanan di chatbox.. komen tu biar power bai! just cakap salam ziarah je,saya tak rasa orang nak klik kat nama pengomen tu.. so inilah dia secara tak langsung anda berbincang memerah otak untuk memberi manfaat pada orang lain,dengan tinggalkan komen-komen bernas.. ingat luruskan niat..moga menjadi amal kebajikan.
"ala tak payah komen la,leceh je..chatbox kan ada".. haa pikirla sendiri,malas saya nak layan orang malas nak pikir ni..terima je idea orang bulat-bulat,orang masuk longkang ikut masuk sekali.. so what kind of reading.. reading buta je ke? bagi idea untuk manfaat bersama. walaupun "saya bersetuju dengan pandangan cik, sebab sekarang ni bla bla bla bla gini gini gitu gitu.." so orang baca komen pun dapatlah tahu isu-isu semasa ke kan..komen je la. apa malas sangat, penat-penat buat entry tapi takda pengunjung ke blog kita..sorang dua je..berkesankah penyampaian kita? fikir-fikirkanlah..gejala sosial makin naik, macam pecut motor, tapi kamu nak mengajak kebaikan slow macam cacing.. ibarat pancing ikan dengan kail dan jala, mana lagi keuntungan besar?
okay fine. seterusnya. traffic blog naik ni,tapi camna nak kekalkan rating naik,takkan setiap hari nak kena komen dan mesej di chatbox sampai tuan blog naik menyampah lalu band kan I.P address kita di chatbox..pastu menangis tak berlagu la semua chatbox dah tak boleh terima I.P address kamu, tak boleh nak hantar mesej dah.. haaa tunggu...next episode! insyaAllah lau saya panjang umur,murah rezeki untuk berhibur di sini :)
ok saya bagi korang praktikal kat sini, terima bulat-bulat atau bagi kritikan atau penambahan. ikutkan boleh lagi saya nak ulas perkara tu panjang-panjang tapi biarlah (see..mesti tak perfect punya..ada ke blogger perfect je sampai tak boleh nak komen.. huhu maybe..tapi ada gak blogger yang tak teringat,atau maklumat yang dia tak tahu so boleh je nak tambah-tambah maklumat lagi kat ruang komen)
kotak komen tersedia..tuttt...(siaran off. tak cukup tenaga penjanaan :P .. )
Bertempat di Semarak Resort Sg Batu Pahat, Perlis.
Penyertaan terbuka kepada pelajar 7-13 tahun.
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut sila hubungi: Nisa' Educare Centre = 049760377, 0197104147, 0134060093 DAFTAR SEKARANG hanya RM 65 seorang termasuk Bahan Program, makan dan Sijil !!!
"Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalan kecuali 3 perkara; ilmu yang manfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh....-HR : Al-Bukhari dan Muslim.
selamat pagi 1 dunia! alhamdulillah atas nikmat yang dicapai hari ini. tengah kemas bilik sambil dengar lagu my nasyid playlist on laptop. one of the song is seorang gadis. best lagu ni.
Album : Berjalan Melihat Mentafsir Munsyid : NowSeeHeart http://liriknasyid.com
Ada seorang gadis Termenung di jendela Memikirkan nasibnya Yang telah ternoda Terpinggir terhina Kerna dosa-dosa silamnya
Ibunya telah tiada Begitu juga ayahnya Mengharungi dunia Tanpa pedoman di jiwa Keliru hatinya Antara syurga dan neraka
Pada siapa Harus dipinta Secebis rasa seulit mesra Di akhir noktah Usia dirinya Yang akan berhenti jua
Deraian air mata Menangisi dosanya Rebah dia mengharap Keampunan Tuhannya Serta ketenangan Mengharungi dunia yang fana
Umurnya masih muda remaja Tetapi terleka kerana Nafsu yang mengaburinya Namun Tuhannya masih cintakan dirinya Walaupun dosanya Selautan dunia
Mengapa perlu berasa Berjauhan dari Yang Esa Sedangkan Allah sentiasa Merahmati hamba-Nya Yang sering terlupa Leka dan alpa terhadap-Nya
Harapannya subur kembali Bukti kasih Ilahi Syukur dia ditemukan Jalan kebahagiaan Mengukir ceria Membenam segala Kecewa.....
rasa happy :) alhamdulillah, dan juga rasa nervous ~ ~..huhu.. nak tahu kaedah melobi saya? kaedah yang tak sampai setengah jam je boleh tarik 100 lebih orang dalam satu hari untuk jenguk blog kita. sapa nak tahu?? angkat tangan! opss..sila angkat tangan untuk klik ruang komen ye..cepat-cepat saya bagi peluang ni untuk naikkan traffic blog anda dalam search engine walaupun kamu hanya say hai je..heee:) ha tu dah bocor satu rahsia, kene rajin komen o.k .. tuje? ha tuje tips buat masa ni,lagi tips..kita berjumpa di next episode..insyaAllah.
jom stay tune esok di TV9, 7 pagi, program tanyalah ustaz mengenai pasangan ilmu yang disampaikan oleh ustaz amin. ringkasan perbincangan, ustaz amin telah senaraikan di [klik sini] dimana apa yang menjadi persoalan saya telah terjawab mengenai kaedah dakwah, itulah di antara beberapa perkara yang membuat saya tersenyum :) Alhamdulillah.. mari kita stay tune sama-sama wink* wink* insyaAllah..
"Allahtidakmembebaniseseorangmelainkansesuaidengankesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. " (al-Baqarah:286)
ada beberapa perkara membuatku tersenyum hari ini, kerana apa yang aku hajati termakbul, moga Allah terus mempermudahkan pencarian aku, dia dan anda. dan sebagai penguat diri aku ingin berkongsi kata-kata di bawah ini
Aku meminta pada TUHAN setangkai bunga segar, di beriNYA kaktus berduri.Aku memintaNYA kupu kupu,di beriNYA ulat bulu.Aku sedih dan kecewa.Namun... kemudian kaktus itu berbunga indah sekali. ulat bulu itu pun menjadi kupu2 yang sangat cantik. itulah jalan TUHAN, indah pada masanya, TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan, tapi memberi apa yang kita perlukan. kadang kala kita sedih kecewa dan terluka. tetapi jauh di atas segalanya DIA sedang mengatur yang terbaik untuk hidup kita.
dan aku juga mendapat khabar sedih kini aku sedang menunggu 1 hikmah yang belum terjawab. doakan diriku tabah dan Allah memberikanku petunjuk dalam memilih apakah terbaik buat diriku pada masa hadapan. Sesungguhnya, aku berserah kepadamu,sesungguhnya Engkau yang Maha mengetahui apa yang terbaik buat diriku.
Alhamdulillah, sudah ada dua kata-kata bernilai di komen,terima kasih. teruskan memberi pandangan anda pada post entry salam 1 perkongsian, sama ada menambah atau membidas terpulang pada pengetahuan anda.
assalamualaikum, seperti yang saya katakan semalam, saya kongsikan dahulu dua persoalan bermain di fikiran.
1) apakah pandangan mewajibkan pelajar perempuan memakai tudung di institusi pengajian di Malaysia ini?
ada yang kata, tidak bersetuju kerana Islam bukan agama memaksa. biarlah pemakaian tudung itu lahir dari hati pelajar. jangan memaksa orang, jika tidak, boleh menjauhkan lagi mereka dari Islam. gunakanlah pendekatan hati dari memaksa.
dan ada mengatakan Islam bukan agama memaksa,pada tanggapan orang ramai,ramai juga yang faham bagitu,tetapi sebenarnya ayat dalam al-Quran itu adalah memaksa orang kafir untuk masuk islam,jadi tiada paksaan dalam menganuti agama islam. jika dah islam wajiblah menuruti perintah Allah.dalam islam kanak-kanak bila sampai umur 7 tahun jika tak solat,rotan,adakah itu memaksa? mendidik sebenarnya untuk anak itu taat perintah Allah.jadi kita pun perlu mendidik pelajar.
juga mengatakan, dakwah itu bukan memaksa orang tapi mengajak orang. tidak sesuai mewajibkan. mereka sudah dewasa,bukan anak kecil.
2) bolehkah menyedarkan orang dengan menggunakan kata-kata kasar/kesat, kerana ada orang yang bila tak berkata kasar,mereka ini tak tersentak untuk sedar kesilapan diri.
jadi saya minta pandangan mereka yang arif, sila berikan pandangan anda di ruang komen. saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
assalamualaikum semua! pekabar? moga sihat ceria je. ceria datang bila kita set dalam minda untuk menjadi seorang yang positif dan ceria. insyaAllah bila ada mind-set begitu (mudahnya niat dalam hati dan sematkan di minda), akan hadirlah perasaan-perasaan untuk mewujudkan keceriaan, hadir perasaan ingin memberi kuntuman-kuntuman bunga pada orang sekeliling, juga walaupun berseorangan tetap boleh menceriakan diri sendiri. salam ceria bagus dan hebat sekali. anda memang seorang yang hebat! termasuklah saya :) jadi pakar motivasi sekejap :) rajin-rajinlah ke web motivasi atau membaca buku motivasi sebagai kaedah/guideline mendalami anjakan-anjakan perubahan diri yang boleh dibuat.
hehe nampaknya kesan melobi membuahkan hasil..alhamdulillah. blog ni bukan dijenguk je tau,lau tak baca tiada buah tangan untuk dibawa balik selepas mengunjungi blog ni. berani jamin ada buah tangan,tak banyak sikit pun bolehla kan? payah blog ni mendapat kunjungan..semalam rekod terbanyak hampir 30 orang untuk 1 hari. selalunya 0 atau 1 atau 2 pelawat.
semalam saya susah nak tidur macam-macam persoalan bermain di fikiran.. semuanya insyaAllah mematangkan diri ini. hmm sampai tak boleh bangun qiam walaupun berusaha tidur atas lantai beralaskan tikar mengkuang. ish3x..napa terok sangat aku ni! pusing kiri kanan tangan atas bawah sampai dekat kul 3 baru lelap. bila lewat lelap,agak nyenyak la tidur dan malasnya nak bangun huhu,tapi lau kuat iman insyaAllah tetap boleh bangun. belum sampai tahap hebat begitu.
insyaAllah,saya berminat berkongsi apa yang bermain di fikiran,harapnya pembaca juga berminat berkongsi pandangan. nak jemput ustaz zaki untuk berikan pandangan juga (blog tanyalah ustaz). harapnya semua bersedialah.
salam tengahari! minggu lepas pernah sekali minggu ni sekali. so baru 2 kali bangun pagi! terok tak aku? sebenarnya ada gak aku tersedar 8 pagi lebih camtu..tapi tido balik :P
hari ni kenapa boleh bangun pagi? (konon dalam sejarah la nih..) sebab aku dah boleh solat setelah uzur yang memakan masa hampir 15 hari ..alhamdulillah..tapi kali ni aku pelik,kenapa begitu lama..jika datang lagi selepas 15 hari..aku istihadah,aku kena qada solat..tapi setakat ni alhamdulillah tiada tanda-tanda itu. qada solat yang dulu pun masih berbaki (dulu aku tidak tahu istihadah ni ye..jahil o..)
istihadah ni berbagai type..jenis.. aku jenis datang bulan awal. belum sampai 15 hari suci (15 hari boleh solat) dah datang..begitula..baru 12 hari solat dah datang..jadi istihadah namanya..bukan haid.
ada jenis yang berlebih..lebih dari tempoh haid 15 hari. hari ke-15 masih tak boleh mandi wajib..istihadah la tu..bukan haid. jadi kiraannya,dikira pada hari kebiasaan berhenti haid..contoh aku biasa hari 12..jadi kena qada solat dari hari yang kebiasaan berhenti haid..12,13,14,15,..jadi miss 4 hari..qada solat untuk 4 hari.
korang biasa makan masa berapa hari? aku 12 hari tu lama gak kan. biasa 7 hari. (yang lelaki,sila abaikan pertanyaan ini)
kenapa tiba-tiba cerita bab haid ni? faham ker? hmm aku amik masa lama gak untuk paham dari seorang akak dulu. kalau ada kemusykilan boleh tanya aku. cerita pepanjang pun habih boreh nanti heh. asal nak citer sikit je,tapi untuk memberikan manfaat sikit,aku memasukkan elemen bab wanita ni.
aku lapau! aku bangun pagi,aku buat sarapan nasi goreng tadi! dah lapar balik.. ibu punyala senang hati aku bangun awal. hehehe semoga bangun awal lagi.
musim cuti sekolah ni ramai je buat majlis kahwin dan tunang ada 2 jemputan hari ni.. tapi dua-dua tak pergi.. 1 tu jauh,1 lagi dekat yang jauh takda yang nak teman, yang dekat bermalasan.. apa kena la dengan aku ni hai asal kau suka duduk rumah je?? aku pun tak tahu..tah pape je aku ni maafkanku sahabat tak pergi..lain kali insyaAllah.
oh ye..sunyi gulita blogku ini.. hmm aku tidak tahu merencahkan apa lagi.. pergi melobi hua..malasnye..
biarlah saja waktu menentukan..skali skala melobi boleh la..slalu tu tengok la camna dulu.
seorang insan iaitu aku! selamat hari lahir buat diriku..moga Allah perkenankan segala hajatku..amin..
genap sudah usiaku 22 tahun. di kala usia begini..fikiranku tidak lagi mahu merancang untuk kahwin cepat aku risau sebenarnya..aku ini masih kebudak-budakkan..aku gagal menjadi "anak dara" yang boleh diharapkan..aku gagal. melainkan bakal suamiku tidak kisah keh3 (yelatu..)
genap sudah usiaku 22 tahun. dikala usia begini,aku masih melalui pengajian diploma yang memerlukan satu setengah tahun lagi untuk aku meraih diplomaku..oh Tuhan,berikan kekuatan,kesabaran dan kejayaan..dikala ramai yang seusia denganku sudah ke peringkat degree..praktikal..kerja..kahwin..ada anak comel..
genap sudah usiaku 22 tahun. aku sudah tidak mahu berada dalam dunia kegelapan..otak ku makin memikirkan masa depan diri dan masyarakat dalam memartabatkan gaya hidup dunia Islam.. zaman nubuwwah dan khilafah menjadi impian dan inspirasi..bilakah islam kan tertegak kembali,satu perjuangan yang masih jauh melihatkan situasi ummat islam sekarang yang tenggelam dalam penyakit hati dan cinta dunianya..apakah dakwah yang perlu dilakukan..
...genap sudah usiaku 22 tahun..aku sudah tidak tahu apa lagi yang mahu dicoretkan..
selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w..